Banjir yang telah melanda beberapa buah negeri telah mengakibatkan kemudahan awam, kenderaan dan kediaman penduduk terjejas. Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga keadaan semakin pulih.
Artikel berkaitan: Dah 2 Hari ‘Turun Padang’ Ebit Lew Sumbang 1000 Baju & Telekung Kepada Mangsa Banjir
Susulan daripada itu, pendakwah bebas iaitu Ebit Lew bersama pasukannya terpanggil untuk turun padang dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan.
6 hari terputus bekalan makanan
Ebit Lew menerusi laman Facebook meluahkan perasaan sayu apabila mengetahui terdapat lebih 300 penduduk yang terputus bekalan makanan selama enam hari di Kampung Asli Belukar Paloh Hinai.
Sayu hati bila dapat berita ada satu kampung Asli Belukar Paloh Hinai, 300 penduduk putus bekalan makanan putus selama 6 hari. Suku Jakun, mereka tak Islam.. Ada beberapa orang Islam. Kedai runcit kecil ada 1 tapi dah tiada barang. Kerana jalan mereka terputus. Mereka ada 2 biji bot kecil je. Terus bergegas dari Jerantut ke Paloh Hinai.
Kami bawa 500 set makanan siap dan juga yang boleh di masak. Beri sedikit duit belanja pada mak dan anak-anak. Sebaik sampai semua sambut kita. Sayu bila semua berebut datang ke bot kami. Betul-betul ramai memerlukan saat ini. Tak cukup tenaga dan masa. Berat rasa hati.
Tiada bekalan elektrik
Lebih menyedihkan lagi apabila kawasan perumahan tersebut telah terputus bekalan elektrik sudah selama lima hari. Kawasan perkampungan yang dinaiki air itu masih belum kelihatan surut.
Sepanjang hari ini guna bot hantar makanan. Kami 8 bot pergi dari satu tempat ke satu tempat. Risau berdebar juga kerana dari 8 pagi sampai 3 petang ini masih di atas air. Hujan tak berhenti sepanjang hari. Makin lebat je. Air makin naik je. Lalu sungai Pahang ke beberapa tempat.
Doakan ye.. sedih tengok dah 5 hari semua barang perabot, kereta dan rumah tenggelam. 5 hari tiada elektrik dan air dibanyak tempat banjir. Banyak sangat jalan terputus dinaiki air. Betul terasa beratnya.
Klinik banyak tenggelam
Selain itu, pendakwah bebas ini turut berkongsikan rasa sayu sewaktu membantu sebuah keluarga untuk membawa seorang warga emas ke hospital. Ebit Lew juga berkesempatan menghulurkan bantuan dengan mendukung warga emas tersebut ke arah sebuah kenderaan untuk dibawa ke hospital.
Sayu hati tadi masa dalam perjalanan ke Kampung Mambang Pahang ada bot tahan saya minta bantuan tanya bagaimana nak bawa keluarga ke Hospital Kuantan. Sakit tua dan parkinson. Kena naik bot dan kereta. Sebab rumah air dah naik dan jalan semua dah berair.
Saya berbual sekejap dan terus dukung ke bot dan dukung ke kereta dengan dibantu ahli keluarga. Dalam ujian banjir ini ada ramai tadi saya tengok berulang-alik ke hospital kena naik bot. Klinik banyak tenggelam. Nurse bertugas dekat pusat bantuan. Baik makcik ini. Sempat minta doa makcik ini buat saya. Macam dukung mak sendiri. Rindu arwah mak. Semoga semua dalam keadaan selamat.
Sumber: Ebit Lew