berita

‘Dah Berpisah 2 Tahun Lalu’ – Keith Foo

August 24th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Rumah tangga pelakon Keith Foo bersama isterinya, seorang model iaitu Kim Raymond disahkan bercerai pada penghujung tahun lalu. Keith Foo mendedahkan perkara itu tidak lagi duduk sebumbung dengan isteri semenjak dua tahun lalu. Walaupun sudah tidak tinggal bersama, namun, dia tetap menjalin hubungan baik dengan bekas isteri demi anak mereka.

Berpisah sejak dua tahun

Memetik laporan Astro Gempak, Keith Foo mengakui sudah dua tahun tidak tinggal sebumbung bersama. Pasangan ini dengan secara rasminya baru berpisah pada bulan Disember 2019.

Kami berpisah semenjak dua tahun lalu tetapi secara rasminya bercerai pada Disember tahun lepas. Walaupun sudah tidak lagi bersama, kami masih berhubung dan rapat demi anak, Skylar Raymond Foo.

Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri.

Berpisah secara baik

Meskipun, rumah tangga mereka bertahan dalam tempoh yang singkat, Keith Foo dan bekas isteri bersepakat untuk mengekalkan hubungan yang baik demi anak.

Anak tinggal dengan isteri tetapi setiap hari saya bertemu dengan anak. Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya.

Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa, kita tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang. Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk yang bakal terjadi. Sekarang, situasi yang kami hadapi menjadi lebih baik.

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×