berita

‘Dah Boleh Beli Tiket Piala Dunia Ke?’ – Liridon Sah Warganegara Malaysia, Bakal Sarung Jersi Harimau Malaya

February 3rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Liridon Krasniqi kini secara rasmi telah menjadi warganegara Malaysia. Dia yang berasal dari Kosovo bakal menjadi pemain naturalisasi skuad bola sepak kebangsaan. Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah Liridon telah menerima kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya.

Layak menyarung jersi Harimau Malaya

Bagi Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, program pengambilan naturalisasi ini dicetuskan oleh Presiden FAM sendiri iaitu Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sejak tahun 2018. Sehubungan dengan itu, penerimaan MyKard oleh Liridon telah membuatkannya seorang warganegara Malaysia yang layak untuk menyarung jersi skuad kebangsaan selaku pemain naturalisasi .

Tunggu kelulusan FIFA

Kini, FAM hanya perlu menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Tambah lagi, FAM akan menghantar segala dokumen kepada FIFA berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia.

Bakal mantapkan pasukan

Dengan kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya, FAM berharap ianya bakal memperkasakan lagi pasukan ini. FAM juga ingin sekali lagi berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin serta para pegawai dari Kementerian Dalam Negeri yang telah banyak membantu sepanjang proses untuk Liridon mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian ini.

Alhamdulillah

https://www.instagram.com/p/B8GE_aLn5KE/

Menerusi Instagram milik Liridon, dia meluahkan rasa syukur setelah diberi kewarganegaran Malaysia setelah sekian lama beraksi di liga bola sepak Malaysia.

Sumber: LiridonFAM

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×