berita

Dah Habis Idea Tak Tahu Nak Masak Apa? Cuba Buat Roti Homemade Pula

April 5th, 2020 | by Amat
MyResipi

Dah kehabisan idea dan tak tahu nak masak apa untuk hidangan petang? Mungkin para ibu dan isteri boleh cuba buat roti sendiri di rumah dan nikmati bersama keluarga. Resipi roti versi Syan Yanie ini telah mendapat lebih 2ribu perkongsian di laman Facebook. Sudah tentu ramai antara kita pun nak mencuba resipi roti dan tentunya mudah nak buat. Selamat mencuba!

Bahan-bahan diperlukan

Bagi menghasilkan resipi roti ini anda perlu sediakan 1 cawan air, Mauripan setengah bungkus, 2 sudu besar susu pekat, 2 sudu besar minyak masak, 2 sudu besar marjerin, secubit garam, 3 cawan tepung gandum dan 2 sudu besar susu tepung. Citarasa adalah bergantung kepada anda sendiri, jika suka manis cuma tambahkan susu pekat.

Cara penyediaan

Letakkan air di dalam satu bekas. Masukkan susu pekat dan mauripan. Gaul bersama dan tutup biarkan selama 10 minit. Sementara menunggu yis kembang, masukkan tepung gandum dan semua bahan di atas satu bekas. Kalau boleh saiz bekas haruslah besar sedikit supaya proses menguli lebih mudah.

Gaul kesemua bahan tadi bagi rata dan masukkan air serta yis tadi. Uli bahan-bahan tersebut selama 20 minit. Tapi kalau lagi lama menguli, lagi bagus. Sambil-sambil uli tu taburkan tepung sedikit demi sedikit supaya bahan uli tadi tidak melekat.

Perap selama 1 jam

Kemudian, perap adunan tadi selama kira-kira 1 jam. Jangan lupa untuk tutup adunan tadi. Perap sehingga adunan tadi naik. Selepas sejam, tumbuk-tumbuk adunan bagi angin keluar.  Kemudian sambung uli selama 10 minit. Selepas itu, baru anda buat bentukkan roti ikut kegemaran dan pilihan sendiri.

Spray air sebelum bakar

Sebelum ke proses membakar, sapu loyang dengan sedikit minyak. Susun bentuk roti tadi di dalam loyang atau bekas. Tetapkan suhu sehingga 160 darjah Celcius selama bawah 25 minit. Dinasihatkan spray sedikit air terlebih dahulu sebelum bakar di dalam pembakar.

Nikmati bersama keluarga tersayang!

Dah siap bakar selama 25 minit tadi, keluarkan roti itu dan sapukan butter diatasnya. Kini, anda boleh menikmati hidangan petang ini bersama keluarga tersayang.

Sumber: Syen Yanie

SKIP THIS AD ×