berita

‘Dah Kata Tadi, Polis Buat Siasatan’ – Anak Exco Perak Jawab Kecaman Ingkar PKP

April 20th, 2020 | by faris
Kini Trending

Tindakan Exco Perak Razman Zakaria mengingkari perintah kawalan pergerakan dengan menyertai majlis jamuan  menimbulkan kemarahan rakyat. Anak Razman, Rifa’at telah memberi penjelasan berhubung kehadiran mereka di balai polis untuk membantu siasatan.

Hanya beri kenyataan di balai polis

Alhamdulillah, kami telah hadir ke Balai Polis Daerah Lenggong untuk beri keterangan mengenai isu makan di maahad yang tular. Apa yang berlaku kepada kami?

S: Kena saman?
J: Tak, polis minta datang untuk beri keterangan sahaja, untuk kumpul maklumat dan beri ke pihak atasan. Bila dah jadi tular sehingga ada orang buat laporan, pihak polis perlu lakukan siasatan. Siapa yang nakal pi buat laporan tu ya?

S: Kenapa polis tak tangkap?
J: Polis kata nak tangkap atas sebab apa, pihak berkuasa bukan boleh tangkap orang sesuka hati, ada SOP yang perlu diikuti.

S: Jadi status kes macam mana?
J: Status kes dalam siasatan dan tunggu tindakan selanjutnya, tak perlu ulas lebih-lebih.

S: Dah kalau hang pa tak salah, kenapa mesti minta maaf?
Kami tak nak panjangkan cerita. Mungkin kami ada salah, jadi kami minta maaf. Nak redakan keadaan. Tak kena tunggu hari raya lah nak minta maaf ni.

S: Kalau macam tu pihak polis double standard, pilih kasih, rakyat marhean kena tangkap, VIP terlepas, polis ni @#-!£&*.
J: Kami yang dipanggil polis ni pun rakyat marhean juga. Semua kena panggil untuk beri keterangan. Tiada apa-apa keistimewaan pun.

Masih dalam siasatan polis

Sekiranya ada orang yang buat komen menghina polis yang sedang menjalankan tugas, atau apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik …

Maka kita boleh buat laporan polis terhadap orang yang mengeluarkan komen seperti ini. Tangkap layar dan buat laporan.

Tertuduh boleh dikenakan tindakan di bawah Akta komunikasi multimedia 1998 seksyen 233.

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Jadi kita komen yang baik-baik je la na …

S: Jadi kes ini lepas macam itu je la?
J: Dah kata tadi, polis buat siasatan. Kita tunggu la apa keputusannya.

S: Kalau polis pun bersubahat macam mana?
J: Macam ni, hang tak puas hati sangat boleh pi buat laporan polis, atau SPRM. Tak pun hang pi hantaq resume mohon jadi anggota polis dan buatlah tindakan hang sendiri. Dah tak percaya sangat dengan pihak berkuasa.

S: Jadi hang pa la ni ada di mana? Kena tahan lokap?
J: Dah habis beri keterangan, kami balik la. Dah la tu, kita doa yang baik-baik untuk umat.

Gesa lucut jawatan

Ada pengguna laman sosial yang menggesa Razman dilucutkan jawatan exco kerana pengingkaran berkenaan. Tidak ketinggalan rakyat meminta supaya siasatan lanjut dilakukan pihak polis untuk keadilan bagi seluruh rakyat secara amnya.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×