berita

Dah Lama Kahwin Bila Nak Ada Anak? Elakkan Bertanya Soalan Mengguris Hati Ini

June 15th, 2016 | by Ai
Make-It-Senang

anak 1.1

Antara soalan paling sensitif dan sentap setiap kali Syawal ni adalah kahwin dan anak. “Kenapa tak kahwin lagi? Tak laku ke?”. Takpun soalan pasal anak. “Eh, takde anak lagi? Dah 5 tahun kahwin pun masih takde anak?”. Hish! Rasa nak debik je bila soalan tu menjelma dan ‘wajib diulang’ terutama bila bertandang ke rumah saudara-mara.

Jodoh dan anak tu rezeki dari Allah, kan. So, kalau masih belum bertemu jodoh ataupun ada anak, maknanya Allah sedang susun takdir kita tu dengan baik. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, betul tak? Haa…kat sini kami nak share sikit pasal pasangan yang tak dapat zuriat sampai hujung usia. Jom baca!

Siapa yang tak nak cahaya mata?

Jutaan-Manfaat-Pelukan-Orang-Tua-Untuk-Pisikologis-Anak

” Sudah lama kahwin kan, bila lagi mahu ada anak? ”

Soalan ini sensitif, sahabat. Mungkin akan ada hati yang terluka, meskipun bibirnya menguntumkan senyuman manis saja.Siapa yang tidak mahu cahaya mata yang bakal menyerikan rumah tangga yang telah pun dibina?

Di bulan puasa ini teringat saya kepada jiran saya di kampung dahulu. Kami panggil beliau Atok Long Perempuan. Beliau tinggal berseorangan di rumahnya yang berdinding papan dan bercat biru muda. Sebahagiannya telah dimakan oleh anai-anai. Ada jugalah diubah suai di sana sini, namun ciri-ciri klasik bagi sebuah rumah di kawasan Felda tetap terpelihara.

Hidup sebatang kara

664xauto-nenek-misterius-berhati-dermawan-nenek-misterius-berhati-dermawan--141217s

(sekadar gambar hiasan)

Suami beliau, yang kami panggil Atok Long Lelaki, telah lama menyahut seruan Ilahi. Tiada rezeki untuk mereka dikurniakan cahaya mata sehingga ke akhir usia. Tinggallah Atok Long berseorangan menghabiskan sisa-sisa usia yang masih berbaki dalam kesunyian.

Suatu ketika di hari raya, keluarga saya meminta saya mengirimkan juadah kepada Atok Long yang berseorangan menyambut hari raya. Beliau berpakaian biasa saja. Pakaian basahan sehari-hari. Ada riak gembira di wajahnya. Ketika itu saya masih kecil lagi. Apalah sangat yang saya tahu. Hairan juga saya kerana tiada persiapan yang dilakukan oleh beliau untuk menyambut hari raya. Lama selepas itu barulah saya tahu bahawa beliau hanya hidup sebatang kara di dunia ini.

Pindah ke rumah anak angkat

DSC_7368

(sekadar gambar hiasan)

Pada suatu hari, Atok Long datang ke rumah kami berseorangan. Beliau mengkhabarkan bahawa beliau akan berpindah ke rumah anak angkatnya. Saya kurang pasti di mana, namun di sekitar kawasan Segamat juga. Mujur ada orang yang sudi mengambil berat tentang beliau. Dengan linangan air mata, beliau meminta maaf kepada keluarga saya kalau-kalau ada salah dan silap sepanjang hidup berjiran. Sejak itu, bayangan beliau tidak pernah saya lihat lagi.

Entah apa khabar beliau kini. Hampir setiap kali mendengar soalan tentang cahaya mata, saya teringat kisah Atok Long ini.

Tuhan lebih tahu

mendidik-anak-agar-shaleh-shalehah

Anak itu rezeki. Bukan semua orang akan mendapat rezeki itu. Usah kita mempersoalkan mengapa orang itu dan orang ini belum juga dikurniakan anak setelah sekian lama berumah tangga.

Syukur kepada Ilahi andai kita tergolong dalam golongan yang dikurniakan oleh Allah akan nikmat itu. Bersyukur juga jika kita masih belum dikurniakan rezeki itu. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat kita.

So, sebagai manusia kita kena yakin dan sangka baik dengan Tuhan. Bukan bermaksud Tuhan kejam apabila tak berikan kita anak, tapi mungkin sebenarnya keadaan kita masih tak mengizinkan. Apapun, hadapi setiap tohmahan dan soalan-soalan ‘panas’ dengan senyuman serta sabar. Okey geng?

Sumber: Mohd Izwanuddin Abd Rahim

SKIP THIS AD ×