berita

‘Dah Lama Ke Sakit?’ – Turun Singgahsana Demi Penerima Darjah Bertongkat, Aksi ‘Sporting’ Agong Dipuji

September 10th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Telah berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan 2019 dari Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam upacara penuh gilang-gemilang di Istana Negara. Tindakan spontan Yang di-Pertuan Agong menuruni anak tangga singgahsana untuk mengurniakan darjah kebesaran kepada Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr. Abd Latif Mohmod curi perhatian netizen.

Tuanku prihatin

Video aksi spontan Yang di-Pertuan Agong menuruni anak tangga untuk mengurniakan darjah kebesaran kepada Datuk Dr. Abd Latif Mohmod jadi tumpuan netizen. Menyaksikan juga Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia dalam keadaan bertongkat semasa berdiri menghadap Tuanku.

Tuanku beri signal kepada saya

Datuk Dr. Abd Latif Mohmod tidak menduga Tuanku bertindak sedemikian selepas melihat Ketua Pengarah FRIM itu berdiri sambil memegang sebatang tongkat akibat kecederaan yang dialami 10 tahun lalu ketika bertugas.

Saya rasa terharu. Mungkin Yang di-Pertuan Agong rasa saya susah untuk naik anak tangga singgahsana sebab berjalan pakai tongkat.

Sebenarnya saya terperanjat. Tuanku beri signal kepada saya jangan naik anak tangga singgahsana dan bertitah “Tidak apa saya turun”.

Raja berhati mulia kepada rakyat

Ketua Pengarah FRIM ini menyifatkan tindakan Yang di-Pertuan Agong itu sebagai satu penghargaan daripada seorang raja yang berhati mulia kepada rakyat yang cuba berbakti kepada negara.

Tambahnya lagi, Yang di-Pertuan Agong sempat bertanya keadaan dirinya, “Dah lama ke sakit, boleh berjalan ke?.

Menjawab pertanyaan Tuanku, Ketua Pengarah FRIM memberitahu dirinya boleh berdiri tetapi tidak boleh berdiri lama kerana pernah jatuh dulu sewaktu bekerja.

Penghargaan ini adalah kurniaan terbaik yang saya dapat di peringkat Persekutuan. Ini membuktikan kita perlu terus berbakti dan berjasa bukan untuk diri sendiri tetapi untuk negara.

Terasa sebak

Patut dijadikan contoh teladan

Sumber: Mas Zharif, Utusan, Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×