Elfira Loy semalam hangat menjadi buah mulut netizen apabila mempertahankan ubat peninggi yang dikatakan berkesan untuk dirinya. Doktor-doktor di Twitter pula menafikan hal tersebut kerana manusia normal mempunyai umur tertentu sebelum tulang berhenti membesar.
Artikel berkaitan: ‘Sumpah Demi Allah, I’ve Tried’ – Elfira Loy Tampil Pertahan Ubat Peninggi, Jijik Dengan Pihak Acah Pandai
Pun begitu, Elfira masih bertegas dengan kenyataannya yang dia pernah menggunakan produk sebegitu dan berjaya menampakkan hasilnya.
Tak pertahan kawan
Menurut Elfira, dia membuat kenyataan sebegitu bukan berniat mempertahankan kawan sesama artis namun hanya memberi feedback sebagai pengguna. Dia tidak menolak kemungkinan produk itu tidak membantu, hanya kuasa Allah semata.
Malahan dia mendakwa ada doktor yang membuat kenyataan ada sesetengah orang yang akan membesar selepas umur 20 tahun, bukan terhenti di umur itu seperti yang dikatakan Dr Beni Rusani itu.
Ada perubahan 2 cm
Tambahnya lagi, produk peninggi itu menambah ketinggian dirinya sebanyak 2 cm dan tidak mengukurnya lagi kerana kesibukan bekerja. Namun jika ada yang mengatakan produk itu tidak berkesan atau tidak bagus, dia berpendapat itu kuasa Allah dan dia hanya memberi feedback sahaja.
Cakap orang bodoh tu tak bagus
Pelakon genit ini juga berpandangan melabel orang sebagai bodoh kerana memberi ulasan adalah tidak bagus. Dia mengakui mungkin penjelasannya kurang memuaskan sehingga menimbulkan salah faham. Pun begitu dia sudah membetulkannya dan berharap netizen sudah mendapat maklumat tepat mengenainya.
Siapa kata saya tak baca buku?
Elfira juga memuatnaik gambar buku tulisan Dr Beni yang merupakan salah seorang doktor yang lantang mengkritik ubat peninggi itu. Namun tambahnya dia sudah tidak lagi berminat membaca buku itu.
Katanya buku itu menceritakan pengalaman sebagai doktor namun dia tidak suka orang yang tweet untuk meraih banyak RT dan menuduh dirinya. Tidak dapat dipastikan perkara itu ditujukan kepada siapa. Perli ke?
Sumber: Elfira Loy