Sempena ulang tahun kelahiran arwah Abam, pelawak dan penyanyi, Achey telah mendedikasikan ucapan istimewa buat sahabat baiknya itu.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Semoga Tenang Di Sana’ – Hidayah Sebak Kenang Hari Ulang Tahun Ke-3 Perkahwinan
Pada masa yang sama, Achey turut mengadu mengenai nasib yang perlu dihadapinya sepanjang musim Covid-19 ini.
Moga terus aman dekat san
Assalamualaikum. Selamat ulang tahun kelahiran bam. Moga kau terus aman kat sana. Kami dekat sini ada covid 19. Semua tengah langkah berjaga. Aku dengan fad pun tak boleh nak jumpa sangat. Whatsaap saja la. Kerja pun semakin kurang sikit. Kena usaha ke bahagian lain juga la.
Tapi Insyallah, doa untuk kau kami selitkan. Apa yang berlaku dekat dunia ni kau jangan risau sangat la. Sebab kecoh macam mana sekalipun, aku dengan FAD sepastinya. Mereka sayang kau. Kalau wabak Covid-19 ni tak ada bam, aku rasa tiap-tiap hari peminat datang jenguk rumah kay. Tapi aku rasa diorang sayang ko mesti diorang doakan punya. Tak kira la datang tak datang kan?
Menurut ucapan yang diluahkan Achey, dia dan Fad jarang berjumpa ekoran pandemik yang sedang melanda negara. Tambahnya, kerja mereka juga semakin berkurang sehingga mereka perlu berusaha di bidang lain. Di samping itu, Achey memberitau bahawa ramai orang sayang arwah Abam. Walaupun mereka tidak dapat berkunjung rumah arwah, Achey yakin ramai yang mendoakan arwah Abam.
Fikir punchline tak jadi
Rumah’ ko makin cantik. Hari itu aku dengan Fad dan Sya dapat la singgah jap. Sebelum pkp balik. Sekarang kalau dapat ruang jumpa Fad benda lain tak ada, mesti borak pasal kau. Lepas tu gelak berdua memikirkan punchline yang kita buat tak jadi. Nak di kira berjuta dah kot punchline kita reka tak jadi. Untuk orang memang tak tahu, Tapi kalau jumpa Fad itulah seronok diborakkan.
Dah la nanti orang kata aku gila pula walaupun ini yang di rindukan, ingin di lakukan, ingin di sampaikan. Syukur puas walau hanya bayangan fikiran. Fad, mesti dapat bayang muka dia malu-malu bila kita bawa kek.
Di akhir ucapan, Achey memberitahu bahawa di berasa lega kerana dapat meluahkan perasaan rindu dan menyampaikan segala isi hatinya. Ujarnya lagi, dia dan Fad masih terbayang muka arwah yang malu semasa mereka membawa kek ulang tahun kelahirannya sebelum ini.
Sumber: Achey