Pempengaruh, Dahlia Rizal memaklumkan dirinya sebelum ini sering diganggu oleh lelaki miang menerusi hantaran mesej di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Bagi Hadiah Ducati Scrambler Untuk Suami Sempena ‘Birthday’, Netizen Komen ‘Perlu Adik Angkat Tak?’
Kena ngorat geng ‘Old Money’?
Menerusi hantaran yang dimuat naik di IG Story, Dahlia memaklumkan kebiasaannya dia tidak akan melayan mesej berbaur seperti itu.
Namun, kali ini dia menunjukkan mesej tersebut kepada suaminya, Imran Aqil kerana individu berkenaan adalah dari komuniti Old Money yang tular sejak kebelakangan ini.
Saya selalunya tak layan DM dari lelaki tapi kali ini saja tunjuk pada Imran sebab dia (lelaki itu) dari komuniti Old Money yang viral itu.
Saja tunjuk Imran sebab saya rasa benda ini kelakar.
Imran tolong ‘reply’kan
Menerusi hantaran yang sama juga, pempengaruh berusia 23 tahun itu tidak menyangka Imran akan mengambil telefonnya dan membalas mesej tersebut bagi pihaknya.
Dapat dilihat, Imran membalas mesej berkenaan dengan menggunakan pesanan suara melalui IG milik Dahlia.
Dia (Imran) terus ambil telefon dan balas rakaman suara ini.
“Eh Dahlia dah kahwin lah b*d*h” (balas Imran).
Sekadar info, Dahlia dan Imran Aqil telah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Villa Istana Ayer Keroh Melaka, pada September tahun lalu.
Sumber: IG Dahlia Rizal