berita

Da’i Syed Rindu Mak, Tak Mahu Komen Isu Cabul

December 15th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Sebentar tadi, media melaporkan pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal, atau dikenali sebagai Da’i Syed telah diikat jamin di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. Jumlah ikat jamin yang perlu dibayarnya adalah sebanyak RM35,000 dan dia juga diarahkan supaya tidak lagi menganggu mangsa-mangsanya.

Artikel Berkaitan: Tetap Syarat Tak Ganggu Mangsa, Dai Syed Bakal Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin RM35,000

Terbaru, menerusi laporan Kosmo!, Syed meluahkan rasa rindu yang teramat dan mahu berehat terlebih dahulu bila disoal wartawan.

Nak makan dulu dengan keluarga

Saya nak makan dulu dengan mak dan ahli keluarga, nak duduk rehat dulu, bertenang, lepaskan rindu dengan keluarga dahulu. Saya hanya berdoa semoga dipermudahkan urusan, sebaik-baik manusia adalah orang yang meminta maaf manakala yang terbaik pula yang memaafkan. Saya memaafkan mereka mengutuk, Saya reda dengan ketentuan ujian, inilah penutupan tahun 2020.

Itu antara kata-kata yang dilontarkan oleh Syed sebaik sahaja dia dilepaskan selepas lima hari ditahan di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang. Jelasnya lagi, dia sudah pun memaafkan mereka yang mengeji dan mengutuk selama dia berada dalam tahanan pihak polis.

Terdahulu, pendakwah selebriti ini dilaporkan telah merogol dan mencabul beberapa kenalannya di media sosial. Pada mulanya, ‘dakwaan’ akan salah laku pendakwah selebriti ini disebarkan di Twitter sebelum mangsa-mangsa yang lain tampil membuat laporan polis.

Sumber: Kosmo!

SKIP THIS AD ×