berita

Daiyan Trisha Tak Gayat Naik ‘Paragliding’, Siap Menyanyi Atas Awan – ‘I Believe I Can Fly’

December 21st, 2022 | by Wani
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha berkongsi pengalaman menaiki luncur layar (paragliding) di Switzerland mencuri perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Pesan Jangan Mudah Percaya ‘Content’ Di Media Sosial – ‘Jangan Ikut Emosi’

Artikel Berkaitan: Ramai Puji Fasih Cakap Korea, Daiyan Trisha ‘Intai’ Peluang Berlakon Di Sana?

Artikel Berkaitan: Bukan Pergi Berdua Konsert Coldplay, Daiyan Trisha & Aedy Ashraf Hanya Kawan Baik

Tak gayat

 

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Daiyan kelihatan sedang menikmati pemandangan yang indah sehinggakan dia sempat berseloroh dengan menyanyikan lagu ‘I Believe I Can Fly’.

Dalam rakaman itu, pemilik lagu ‘Penat’ kelihatan begitu selesa sambil sempat berborak dengan pengendali paragliding yang dinaikinya.

@daiyantrisha22

? original sound – Daiyan Trisha – Daiyan Trisha

‘Atas awan pun sedap’

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji suara pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin yang tetap merdu. Selain daripada itu, ada juga peminat yang memuji keberanian Daiyan yang langsung tidak takut ketika berada di tempat tinggi.

Difahamkan, Daiyan pergi ke Switzerland bersama aktres Azira Shafinaz dan Puteri Aishah.

Sumber: Tiktok @Daiyantrisha

SKIP THIS AD ×