Hasrat pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha untuk bergelar isteri belum kesampaian meskipun pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Cilik Buat Daiyan Trisha Menangis – ‘Bila Saya Buka Hadiah Ini Tak Tahulah Kenapa Rasa Sensitif’
Artikel Berkaitan: Nama Dipetik Isu Dakwaan ‘Cuci Duit’ & Diburu Bank Negara, Daiyan Trisha Tulis Pantun Khas Buat Pemfitnah
Sedia menjadi isteri
Ketika ditemui OhBulan!, Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin mengakui dia sudah bersedia untuk bergelar isteri namun belum bertemu dengan calon yang sesuai.
Sudah setahun saya tak menjalin hubungan cinta. Saya tidak ‘bitter’ dan tidak menentang cinta..saya suka sangat apa-apa sahaja tentang cinta dan perkahwinan. Cuma saya belum ada rezeki.
Saya tunggu yang paling betul untuk saya. Saya nak je kahwin.
Dalam pada itu, Daiyan menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mendahulukan kerjaya dan mungkin kerana itu dia masih belum mendirikan rumah tangga.
Cari suami, itu sahaja belum tercapai lagi.
Saya rasa saya ini orangnya mementingkan kerjaya, saya rasa mungkin itu adalah sebab saya tak ada rezeki (dalam perhubungan).
Daiyan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran album terbaharunya yang berlangsung di The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada Khamis.
Belum ada calon
Walau bagaimanapun, aktres berusia 31 tahun itu tidak mahu terburu-buru untuk berkahwin malah tidak menetapkan kriteria yang khusus untuk bakal suaminya.
Namun, lelaki tersebut mestilah mempunyai ciri-ciri muslim yang baik.
Saya tidak begitu memilih. Keluarga saya pun tidaklah memaksa.
Saya tak ada ciri-ciri yang khusus. Tetapi yang paling penting dia ada ‘connection’ dengan Allah..perhubungannya dengan Allah.
Dalam masa yang sama, pelantun lagu Penat itu berkata, dia tidak menolak untuk berkahwin andai bertemu dengan pasangan yang sesuai.
Saya tidak meletakkan had umur untuk berkahwin, tetapi untuk mendapatkan anak itu ada kerana ia melibatkan kesihatan dan biologi. Tapi untuk sekarang saya tidak fikir tentang anak pun.
Sebelum ini saya meletakkan target untuk berkahwin pada usia 25 tahun, tapi sudah terlepas. Target terbaharu saya sekarang ini pada usia 33 tahun…kalau tidak 36 tahun pula.
Kalau dia (calon suami) serius, saya pun terbuka..jom kahwin! Saya sudah sampai tahap begitu. Perkahwinan pun antara perkara yang disokong di dalam Islam.
Dalam perkembangan lain, Daiyan telah melancarkan album keduanya iaitu Lovelorn dengan menyajikan sebanyak 11 buah lagu hasil karya peribadinya.
Selain album terbaru, sebuah showcase eksklusif bersempena pelancaran Lovelorn juga bakal disajikan pada 1 dan 2 November ini di Aurum Theatre, TRX Exchange.