berita

‘Dakwa Alim Tapi Menyakitkan Hati, Biadap Dan Hipokrit’ – Dr Amalina Bakri Luah Kecewa Segelintir Muslim

April 5th, 2018 | by faris
Kini Trending

Soal agama dan iman seseorang tidak sepatutnya dijadikan modal untuk menghukum sesama manusia. Walaupun seseorang itu kelihatan lebih ‘jahil’ atau kurang beragama, penilaian oleh pihak lain amatlah tidak diperlukan kerana tidak semua boleh dilihat dari segi luaran.

Dr Amalina Bakri meluahkan pandangannya mengenai segelintir pihak yang cepat menghukum kerana perbezaan yang ditunjukkan pihak lain berdasarkan tahap amalan beragama.

Dakwa beragama tapi…

Satu tweet yang dibuat oleh Iman Tanita al Ghul mengenai kisah kakaknya yang dibaling sampah kerana rakan sekolejnya itu mendapat tahu wanita itu tidak bertudung di luar kolej mendapat perhatian Amalina.

Tambah Iman, golongan sebegitu menganggap perempuan free hair seperti dia dan kakaknya sebagai sampah dan langsung tidak mendekatkan ke arah agama.

Amalina kemudian membalas tweet berkenaan dan berkata tindakan berkenaan sangat teruk apatah lagi dilakukan oleh mereka yang didakwa beragama. Tindakan sedemikian menurut Amalina sudah pasti melukakan hati, biadap dan bersifat hipokrit.

Sikap ‘aku betul, kau salah’

Tambahnya lagi, semuanya berkait dengan sikap menganggap diri sendiri sahaja yang betul dan perkara lain diketepikan langsung. Masyarakat seolah melupakan makna agama sehingga perkara lain dilakukan di dunia tidak diambil kisah.

Mungkin cara mereka dibesarkan

Pihak yang berperangai sebegitu menurut Amalina berkemungkinan dibesarkan dengan cara sedemikian ataupun itu yang diajar di sekolah.

Bekas pelajar cemerlang ini juga berpendapat jika mereka yang berfikiran negatif itu tidak berjumpa ramai orang, meneroka dunia dan mengenali orang dari latar belakang berbeza, sikap itu akan menjadi amalan sampai bila-bila.

Sumber: Dr Amalina Bakri

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×