Sekadar gambar hiasan
Seorang kanak-kanak lelaki di India yang sebelum ini didakwa telah dibunuh oleh datuk dan bapa saudaranya sebenarnya masih hidup.
Artikel Berkaitan: Sering Diserang Secara Fizikal, Ibu Upah Pembunuh Tembak Anak Sampai Mati
Artikel Berkaitan: Mimpi Jadi Kenyataan! Wanita Dapat Firasat Bakal Dibunuh – ‘Kalau Saya Mati, Suami Pelakunya’
‘Si mati’ datang mahkamah
Sekadar gambar hiasan
Mangsa yang dikenali sebagai Abhai Kumar, 11, hadir ke Mahkamah Agung India untuk meyakinkan panel hakim bahawa dia masih hidup. Malah dia mendakwa bahawa tuduhan yang mengatakan dia dibunuh adalah palsu. Difahamankan, sebelum ini Abhai pernah beberapa kali hadir ke mahkamah untuk menutup kes ‘pembunuhannya’ namun petisyennya ditolak. Sehinggalah baru-baru ini, dia berdiri di bangku mahkamah dan memberitahu ‘Saya masih hidup’.
Difahamkan, dakwaan ‘kematian’ tersebut mula tercetus selepas bapa Abhai mendakwa anak lelakinya itu telah dibunuh oleh datuk dan bapa saudaranya. Tetapi itu hanyalah rekaan semata-mata kerana tertuduh tidak berpuas hati dengan bapa mentuanya selepas berlakunya pertengkaran antara mereka.
Menurut sumber, Abhai tinggal bersama datuknya sejak 2013 iaitu selepas bapanya melakukan keganasan rumah tangga terhadap ibunya (isteri tertuduh). Susulan daripada itu, datuk Abhai (bapa mentua tertuduh) membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung perbuatan tertuduh.
Kes ‘pembunuhan’ Abhai akan dibicarakan semula pada Januari 2024.
Sumber: Hindustan Times