berita

Dakwa Bekas Isteri Cuba Jolok Sarang Tebuan, Fizi Ali Buka Mulut

July 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyampai radio, Fizi Ali, mendedahkan punca sebenar dia ‘naik hantu’ terhadap bekas isterinya, Shakilla Khoriri, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: ‘Kau Dah Bagi Aku Panas, Lepas Tu Kau Delete’ – Fizi Ali

‘Naik hantu’

Menerusi laporan Berita Harian, Fizi memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri mengapa tiba-tiba berang terhadap bekas isterinya. Jelas Fizi, bekas isterinya itu telah meninggalkan ‘komen’ dan memadamnya semula sebaik sahaja ianya mencetuskan kontroversi dalam kalangan warganet.

Tahap kesabaran saya benar-benar teruji. Saya juga manusia biasa. Ramai orang menganggap saya meroyan seorang diri. Ada juga terkejut kenapa saya tiba-tiba naik angin. Jujurnya, saya bukan nak meroyan tanpa sebab. Selama ini, adakah saya marah-marah?

Saya takkan kacau hidup orang kalau hidup tidak diganggu. Apa yang berlaku seolah-olah nak menjolok sarang tebuan. Masalahnya, bekas isteri kacau ‘sarang’ saya.

Ujar Fizi lagi, dia dan Shakilla hanya berhubung atas urusan penggiliran menjaga anak sahaja. Mereka berdua tidak berbual soal lain selain daripada perkara tersebut. Fizi turut menolak dakwaan merancang merujuk semula dengan bekas isteri.

Ada masa saya bersama Ameena dan sebaliknya. Apapun, kami tetap ibu bapa Ameena. Perkara ini bukan masalah pun. Kami tiada jadual nak ambil giliran anak secara khusus. Ada masa saya bersama Ameena dan sebaliknya. Apapun, kami tetap ibu bapa Ameena.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×