berita

Dakwa Dianiaya, Zarina Zainuddin Tegaskan Dirinya Tak Jual Produk Beracun

October 3rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semalam, industri hiburan tanah air hangat dengan isu membabitkan pelakon drama popular, Zarina Zainuddin yang didenda mahkamah atas kesalahan menjual produk kosmetik tanpa mendapatkan pengesahan sah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Susulan itu, aktres tersebut bertindak memuat naik status di laman Instagram bagi menjelaskan situasi sebenar berhubung perkara itu kepada umum.

Orang buat aniaya

Menerusi entri di laman Instagramnya itu, Zarina mendakwa dirinya telah dianiaya oleh seseorang sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku.

Menceritakan perkara itu, Zarina mendedahkan pada awalnya dia telah didatangi individu yang tidak dikenali dengan hasrat kononnya mahu meminta bantuan untuk menyelesaikan masalah kulit yang sedang dialami.

Namun tidak lama kemudian, sekumpulan pihak berkuasa secara tiba-tiba menyerbu rumahnya dan mendakwa dirinya telah menjual produk yang tidak didaftar KKM.

Bukan produk timbang kilo

Pelakon berusian 40-an itu bagaimanapun menegaskan produk yang dijualnya itu bukanlah produk timbang kilo seperti yang didakwa sesetengah pihak. Malah ujarnya, produk itu kini sedang dalam proses pendaftaran oleh KKM.

Semalam, Zarina didenda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah atas pertuduhan memiliki dan menjual kosmetik tidak bernotifikasi, Januari lalu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Addura Marketing di Subang Jaya.

Pelakon yang tidak diwakili peguam itu membuat rayuan dan menitiskan air matanya serta memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya.

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin, Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×