berita

Dakwa Difitnah Portal Berita, Neelofa Selesai Cara Baik

October 24th, 2018 | by faris
Kini Trending

Hos sensasi Neelofa pernah menjadi kecaman netizen apabila melancarkan koleksi tudungnya di sebuah pusat hiburan di ibu negara. Berhubung berita itu, dua portal telah dikemukakan tindakan mahkamah oleh usahawan berjaya itu.

Portal terlibat adalah OMM Media Sdn Bhd dan Rotikaya Media Sdn Bhd menerusi penerbitan artikel yang didakwa memfitnah mengenai diri heroin Suri Hati Mr Pilot itu.

Selesai cara baik

Neelofa dan pengendali portal berkenaan telah bersetuju untuk menyelesaikan secara baik kes saman dikemukakan pelakon itu yang mendakwa difitnah disebabkan artikel di kedua-dua portal.

Persetujuan penyelesaian kes itu dicapai melalui proses mediasi di Pusat Mediasi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Mediasi dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Nurulizwan Ahmad Zubir sebagai perantara.

Saman itu membabitkan artikel pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk dan Anugerah Ikon Wanita. OMM Media adalah syarikat pengendali portal Oh My Media manakala Rotikaya Media pengendali portal Rotikaya.

Babit isu Ikon Anugerah Wanita

Menurut saman dan kenyataan terhadap OMM, Neelofa berkata OMM menerbitkan artikel berunsur fitnah ke atas dirinya melalui artikel mereka.

Tambah Neelofa, artikel itu menyentuh isu Anugerah Ikon Wanita yang diterimanya, adalah tidak benar sama sekali dan diterbitkan defendan (OMM) tanpa memberi peluang kepadanya untuk membuat penafian.

Katanya, setelah keadaan sebenar dijelaskan dan menunjukkan kenyataan rasmi daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, OMM masih gagal mengeluarkan artikel terbabit.

Usaha media untuk mendapatkan kenyataan Neelofa tidak berjaya kerana dia terus beredar ke kenderaan bersama pemandunya sebaik selepas proses selesai.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×