berita

Dakwa Hasut Netizen Kecam Artis, Seniman Buat Laporan Polis Terhadap Zarina Anjoulie?

March 31st, 2020 | by faris
Kini Trending

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah mengambil tindakan setelah seorang selebriti telah memuatnaik video yang didakwa berunsur ‘hasutan dan kecaman terhadap industri seni Malaysia’.

Kenyataan dimuat naik di Facebook Seniman

Persatuan yang diketuai Zed Zaidi itu membuat kenyataan telah membuat laporan polis berhubung seorang selebriti yang dikatakan telah membuat video mendakwa menyelar dan menghina penggiat seni untuk mendapatkan review berbayar.

Pihak SENIMAN telah membuat laporan polis melalui wakilnya terhadap seorang artis yang membuat video hasutan dan kecaman terhadap industri seni Malaysia.

Melalui video berkenaan artis tersebut menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan paid review melalui media sosialnya dan ini membuatkan ramai penggiat seni terutamanya artis terguris dengan kenyataan dari video itu.

Segala usaha baik penggiat seni untuk membantu penggiat seni yang lain dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) telah menjadi teruk dan di pandang negatif oleh netizen atas hasutan artis tersebut melalui video berkenaan.

Seru rakan artis buat laporan polis

Dalam masa sama, persatuan itu juga menyeru rakan artis untuk membuat laporan polis terhadap selebriti yang tidak dinamakan berkenaan.

Mohon jasa baik artis artis dan penggiat seni untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia yang sama terhadap artis yang membuat video itu supaya dalam keadaan kritikal ini adalah lebih baik membuat video yang membantu kerajaan dan frontliner utk menghapuskan Covid-19 dari menghasut masyarakat untuk membuat perkara yang tidak baik yang boleh mengugat perpaduan industri seni dan mengugat ketenteraman awam.

Sumber: Seniman

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.