Nama usahawan sensasi Iqbal Zulkefli tak pernah ‘hilang’ daripada media sosial. Kali ini bukan dikaitkan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida tetapi pengarah dan pelakon Michael Ang.
Perang media sosial timbul selepas Michael membuat siaran langsung bersama Vida di Instagram pada Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Cukup-Cukuplah Cerita Sampah Vida & Iqbal’ – Izwan Azir Saleh
Simpan propa & kebodohan
Menerusi hantaran di IG, Michael memberi amaran kepada Iqbal untuk berhenti daripada mengheret namanya dalam ‘marketing’ sampah yang tidak pernah habis.
Tegas Michael, 45, dia tidak kisah dengan kemewahan yang dimiliki Iqbal justeru dia berharap agar propa itu dihentikan serta merta.
Macam ini la, nak tayang kereta kat muka aku silakan sebab memang boleh sewa kereta tu! Sama juga beli jam beratus ribu suruh siap balut semua. Tapi yang beli cuma satu ja yang berpuluh ribu.
Propa macam ini orang akan bercakap ya. Jam berpuluh ribu pun dah cukup mahal banyak orang tak mampu, aku pun tak mampu. Tapi kalau dah propa jam beratus ribu dah melampau tu! Satu nasihat ya, orang akan bercakap.
The truth will be told! Simpan propa dan kebodohan itu. Shut up dan pergi cari orang lain untuk viralkan diri sendiri.
Kau memang kaki belit
Didakwa mengaitkan nama Iqbal berulang kali, Michael menyatakan dia hanya menyebut sekali sahaja bersama Vida sebelum ini. Justeru, dia memohon agar Iqbal berhenti memutar belit cerita dan seterusnya mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan.
Kau dah parah ni. Are u disillusional ke apa? Baik pergi jumpa doktor sakit jiwa! Or you are just plain dumb?
Berhari aku cakap pasal kau? Kau duduk bumi mana eh? Kau memang kaki belit la! Aku cakap pasal kau sekali aje masa live dengan Datuk Vida! Berpenyakit rupanya kau ni!
Sebelum ini, ketika siaran langsung IG, Michael mempertikaikan beberapa kenyataan bercanggah dari Iqbal. Antaranya mengenai kereta yang dipakai dan sanggup mengeluarkan bajet sebanyak RM500,000 untuk penghasilan lagu.
Sumber: Instagram @michaelang38