berita

Dakwa Korban Covid Malaysia Dikebumi Tepi Jalan, Ahli Politik Taiwan Diserang Netizen

March 29th, 2020 | by faris
Kini Trending

Tidak semena-mena nama ahli politik Taiwan Li Zhenghao menjadi sebutan dalam kalangan netizen Malaysia apabila lelaki itu telah menyebarkan info palsu mengenai cara negara ini menangani wabak itu. Dek kerana kelantangannya, bawang rangers ‘menjalankan tugas’ sebelum Li tampil membuat kenyataan terbaru.

Pengguna Facebook, Khairul Azri menggesa Li membuat permohonan maaf setelah ruang komen Li ‘diserang’ dengan hentaman bertubi-tubi.

Cerita info tak tepat keadaan Covid-19 di Malaysia

Cerita dia adalah seorang ahli politik Taiwan ni, level ADUN lah kiranya, nama dia Li Zheng Hao dan ada ada buat ulasan pasal Covid19 di Malaysia masa dia keluar TV di Taiwan pada 24/3 yang lalu.

Dan dalam rancangan TV tersebut dia sembanglah betapa teruknya keadaan Covid19 kat Malaysia yang sebenarnya tak berapa tepat dan boleh dikategorikan sebagai ‘fake news’ je sebenarnya, di antaranya dia sebut:

1. Polis Malaysia kasar dan ganas dalam handle rakyat Malaysia, dia paparkan video latihan PDRM kononnya itulah cara PDRM menangkap orang awam tak nak mematuhi Lockdown untuk mengambarkan kononnya polis Malaysia ekstrim.

2. Lepastu dia paparkan scene ratusan tong oksigen bersusun yang kononnya keadaan kat hospital ramai teruk gila, padahal video tu video kat Indonesia.

3. Dia juga amik video viral dari Twitter yang memaparkan kakitangan Hospital di Kelantan buat PPE dari plastik sampah kononnya teruk gila dah hospital di Malaysia tak cukup PPE, walhal kan isu PPE ni dah selesai dan ianya hanya sementara saja.

4. Yang paling teruk dia sembang sebab Malaysia ni negara Islam, jadi yang terkorban sebab Covid19 tak boleh dibakar. Dan sebab ramai sangat mati, sampai malam pun orang tanam mayat, dan dia siap kata mayat tu semua tanam tepi jaela.pal. bagi alasan dia ingat tepi jalan lah sebab dia tak nampak ada batu-batu kubur besar macam kat jirat Cina. Hahaha.

Apapun, bila den tengok benda ni berlaku, ketawa kecil dalam hati pun ada, kita di Malaysia ni boleh kira selalu juga bertikam lidah Cina-Melayu, tapi bila kena buli dengan warga luar, lupa semua gaduh.

Analogi dia macam adik beradik lah, kat rumah selalu bergaduh macam anjing dengan kucing, datang anak jiran nak buli, dua dua ‘toron’ dia balik, lepas habis toron .. balik umah sambung gaduh semula.

Mohon maaf cetuskan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia

Li kemudian menjelaskan mengenai kenyatannya dalam TV di negara itu mengatakan dia telah sedaya-upaya menyampaikan info paling tepat namun telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia.

Antara yang menjadi pertikaian adalah jumlah kes dilaporkan iaitu 1518 ketika video dimuatnaik, yang menurut Li bukan satu penipuan. Turut menjadi isu adalah klip video kelengkapan tangki oksigen yang mengambil footage keadaan di Indonesia, langsung tidak berkaitan dengan Malaysia.

Doktor pakai PPE

Turut menjadi bahan perdebatan adalah video doktor-doktor di Kelantan yang membuat sendiri pakaian perlindungan (personal protective equipments) menggunakan plastik sampah. Namun menurut Kementerian Kesihatan sebelum ini isu kekurangan PPE adalah masalah global dan bersifat sementara.

Dakwa jenazah tanam tepi jalan

Paling mencetuskan kemarahan netizen adalah dakwaan Li kononnya jenazah mangsa Covid-19 dikebumikan di tepi jalan kerana terlalu ramai mangsa terkorban. Menurut Li, ajaran Islam tidak membolehkan jenazah dibakar sehingga membuatkan mangsa perlu ditanam di tepi jalan sehingga waktu malam.

Namun, persepsi tepi jalan Li dinafikan rakannya dari Malaysia yang menjelaskan kubur dalam video tersebut mungkin masih baru memandangkan tidak banyak batu nesan kelihatan.

Minta maaf cetuskan rasa tidak senang

Ujar Li lagi, dia seboleh mungkin mahu menyampaikan info paling tepat yang mana ada ketika dia menyatakan tidak pasti, tidak tahu dan sebagainya.

Dia sekali lagi meminta maaf kerana mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat Malaysia selain mendoakan wabak ini dapat ditangani dengan baik semua.

Sumber: Li Zhenghao, Khairul Azri 

The following two tabs change content below.