berita

Dakwa PUBG Sebabkan Keganasan, Ini Respon Padu Syed Saddiq Untuk Ahmad Maslan. Win!

March 19th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Sekurang-kurangnya 49 maut dalam serangan pengganas ke atas Masjid Al Noor dan Masjid Linwood dekat Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu. Pengganas yang membuat siaran langsung serangannya di Facebook  menjadikan tindakan itu dilihat seperti satu game untuk dipertontonkan kepada dunia.

Parlimen semalam menyaksikan Menteri Belia dan Sukan menolak cadangan supaya game Playerunknown’s Battleground diharamkan dan menjelaskan kenapa game itu bukan punca keganasan.

Tak perlu haramkan PUBG

https://www.instagram.com/p/BvJ3V5SlBv6/

Menurut Ahli Parlimen Muar ini, permainan tersebut yang mempunyai lebih sejuta pemain di negara ini dalam kalangan remaja dan dewasa namun tiada yang menunjukkan kecenderungan ke arah keganasan atau gengsterism.

Tambahnya lagi, jika mengikut logik perlu mengharamkan game itu kerana didakwa mempromosikan keganasan, banyak game lain turut sama perlu diharamkan memandangkan mempunyai elemen serupa. Ujar Syed Saddiq, jika benar permainan sebegitu boleh menggalakkan keganasan, sudah tentu pemainnya berpotensi mencetuskan Perang Dunia Ketiga.

Paling mencuit hati, menteri muda ini juga sempat berseloroh jika dia bermain game bola sepak FIFA dan PES, dia berharap dapat mewakili Malaysia ke Piala Dunia!

Walaubagaimanapun, dia menegaskan anak-anak muda tidak ketagihan bermain game dan jika ada babak-babak mengerikan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menapisnya.

Sumber: Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×