berita

Dakwaan Ambil ‘Suapan’ Lindung Perniagaan Haram, Tiga Lagi Penguat Kuasa Direman

August 14th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bagi membantu siasatan kes berhubung isu menerima dan mengutip rasuah, tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan reman.

Artikel berkaitan: Didakwa Kutip ‘Wang Perlindungan’, 4 Penguatkuasa MBSA & Peniaga Aceh Direman Seminggu

Menerusi laporan Bernama, tiga pegawai tersebut ditahan ketika memberi keterangan di ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga lagi ditahan

Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap tiga lelaki bermula hari ini sehingga Rabu depan (19 Ogos).

Mereka ditahan membantu siasatan kes berkenaan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh.

Mereka dibawa ke mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi dalam keadaan bergari dan berbaju lokap SPRM berwarna jingga. Ini menjadikan seramai 8 pegawai penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga direman.

SPRM dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang melakukan siasatan lanjut susulan dakwaan pihak penguatkuasa tidak mengambil tindakan terhadap premis perjudian serta perniagaan rokok seludup.

Sebelum ini, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut membuat pendedahan secara langsung di laman Facebook meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan segelintir premis haram di Bandar Baru Sungai Buloh.

Sumber : Bernama

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×