Sebelum ini, pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dikecam hebat oleh netizen susulan satu babak yang ‘didakwa’ mempunyai maksud double meaning berunsurkan lawak 18sx. Susulan daripada itu, penceramah terkenal, Akhi Fairuz Al-Jengkawi, turut mengganggap lawak tersebut tidak sesuai untuk tontonan umum.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lawak ‘Parut Kelapa’ Shuib Dalam Sepahtu Reunion Dikritik Keterlaluan
Terbaru, Shuib tampil memohon maaf menerusi satu video yang dimuat naik di platfom Instagramnya sebentar tadi.
Saya mohon maaf
Assalamualaikum dan salam hujung minggu, minggu lepas Sepahtu Reunion live hari Khamis ada satu babak tu saya buat memarut kelapa jadi babak tu dah jadi kontroversi. Jadi di sini, saya dengan rendah diri nak memohon maaf kepada mereka-mereka yang terasa hati dan merasakan babak-babak itu tidak sepatutnya dilakonkan. Tapi sebenarnya ikhlas dari hati saya ingin memberitahu semasa melakonkan babak itu saya tidak mempunyai sebarang maksud, tak ada berkaitan lucah, saya hanya nak buatkan orang ketawa, takde niat apa-apa. Tapi itulah kalau ada sesiapa yang terasa hati, saya minta maaf InsyaAllah saya tidak akan buat lagi pada masa akan datang.
Menerusi video tersebut, Shuib menjelaskan mengenai satu babak yang dilakonkan olehnya yang mendapat kecaman hebat daripada netizen. Jelasnya, lakonan tersebut tidak bermaksud untuk menyampaikan lawak lucah dan hanya ingin membuat penonton terhibur dengan lawak yang disampaikan olehnya.
Di penghujung video tersebut, dia sekali lagi memohon maaf dengan apa yang terjadi dan akan memastikan perkara itu tidak akan berlaku lagi pada masa yang akan datang.
Respon warganet
Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen rata-rata peminat menganggap ‘lawak’ tersebut tidak sepatutnya dijadikan isu disebabkan tugas seorang pelawak itu cuba menghiburkan penonton di rumah. Tidak berakhir di situ, peminat juga memuji tindakan Shuib yang tampil memohon maaf setelah kontroversi ini hangat dibincangkan.
Sumber: Shuib Sepahtu