Sebelum ini, pendakwah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi, meluahkan rasa kurang senang dengan papan iklan melampau berunsur lucah yang mudah dilihat oleh orang ramai. Menerusi papan iklan itu mempunyai maksud-maksud yang ‘tersembunyi’ yang dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti lucah.
Artikel Berkaitan: PBT Roboh Papan Iklan Lucah Selepas Viral Di Media Sosial. Yang Peliknya, Macam Mana Boleh Lulus?
Terbaru, beliau sekali lagi, memberikan respon terhadap seorang pelawak tempatan yang ‘dipercayai’ menggunakan aksi-aksi yang mempunyai double meaning dan berunsur 18sx.
Lawak apakah?
Ni apa punya jijik lawak yang kau buat?!!
Depan audiens? Gelak-gelak? Live? Ditonton seisi keluarga di rumah?
Mana akal? pic.twitter.com/wIERfbgqgK
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) December 18, 2020
Difahamkan program tersebut merupakan salah satu program keluaran satu televisyen swasta yang berunsurkan lawak. Namun, tindakan pelawak itu seolah-olah memberikan maksud yang lain apabila dia sedang mengukur kelapa menggunakan mesin tersebut. Namun, jika salah ditafsirkan tindakan pelawak itu disamakan dengan perbuatan ‘onani’.
Tambahan pula, ekspresi muka pelawak itu secara tidak langsung menambahkan elemen lucah dan mukanya menggambarkan sedang ‘puas’ melakukan perkara itu. Malahan, Akhi mengganggap lawak yang cuba disampaikan kepada penonton adalah sangat tidak wajar kerana ia ditonton oleh jutaan manusia. Jika perkara ini diteruskan, ia secara tidak langsung akan menjadi normal dan sebati dalam kalangan masyarakat.
Jangan remehkan perkara kecil
Menerusi satu mesej yang diterima oleh Akhi, menceritakan pengalaman seorang guru yang berdepan dengan para pelajar yang sudah terikut akan lawak-lawak lucah yang dipaparkan menerusi rancangan televisyen. Tambahan pula, perkara tersebut adalah sangat sensitif bagi para pelajar sekolah yang masih bawah umur. Tidak berakhir di situ, penggunaan bahasa-bahasa ‘moden’ ini juga sudah mula sebati dalam percakapan seharian mereka.
Di penghujung mesej tersebut, cikgu itu meminta supaya pihak televisyen menapis terlebih dahulu setiap kandungan yang bakal disiarkan kerana takut memberi impak negatif terhadap remaja zaman kini.
Sumber: Akhi Fairuz