berita

‘Dalam Drama Boleh La..’– Tiada Wanita ‘Semulia’ Mona, Ending Hati Yang Tersakiti Buat Ramai Geram?

November 13th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pejam celik pejam celik, drama ‘Hati Yang Tersakiti’ yang ditayangkan di TV3 ini sudahpun melabuhkan tirainya. Drama yang sarat dengan pengajaran ini, ternyata menerima pelbagai reaksi dan pandangan daripada netizen terutama mengenai episod kemuncak semalam.

Artikel berkaitan: ‘Ramona Binti Tahir, Aku Ceraikan Kau Dengan Talak 1’ – Netizen Emosi Tonton Babak Mona Kena Cerai

Pelbagai ‘ending’ telah diramalkan oleh penonton setia drama tersebut. Namun, rata-ratanya kagum melihat watak Mona (Nad Zainal) yang sanggup memikul amanat arwah rakan baiknya iaitu Farah (Mimi Lana).

Menceraikan Mona satu keputusan yang bodoh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Dalam episod akhir semalam, Haris insaf dan sedar akan kesilapan yang pernah dilakukan olehnya terhadap Mona. Oleh itu, dia telah pulang semula ke kampung dan berjumpa dengan Mona untuk memohon maaf. Haris turut memberitahu bahawa menceraikan Mona tempoh hari merupakan satu keputusan yang bodoh. Namun, permohonan maaf Haris tidak dilayan oleh Mona sebaliknya, Mona turut merahsiakan bahawa dia telah mengandung anak Haris pada masa tersebut.

Dipendekkan cerita, semasa Mona hendak membeli belah bersama ibunya, mereka terjumpa dengan Farah. Farah menggunakan peluang tersebut untuk memohon maaf kepada Mona. Farah menjelaskan kepada Mona bahawa dia tidak mempunyai banyak masa untuk hidup. Kecewa kerana kawan sendiri sanggup menikam dari belakang, Mona terus pergi meninggalkan Farah ketika perjumpaan tersebut.

Aku dah khianat kau

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

Teka teki dan pelbagai andaian bermain di fikiran penonton dan akhirnya Farah telah meninggal dunia semasa melahirkan seorang bayi lelaki. Ehsan merupakan insan terakhir yang berada di sisi Farah pada masa tersebut. Pada masa yang sama, Mona juga selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Menyedari bahawa Mona telah selamat melahirkan anaknya, Haris sentiasa menghantar kiriman video buat Mona mengenai aktivti hariannya.

Beberapa bulan selepas itu, Ehsan telah berjumpa dengan Mona dan membawa bayi lelaki yang dilahirkan oleh Farah. Ehsan turut menjelaskan bahawa bayi tersebut merupakan anak Haris dan selama ini Farah memilih untuk merahsiakan perkara tersebut. Mengikut penjelasan Ehsan lagi, Farah mohon dan meminta Mona untuk menjaga anaknya bersama Haris. Arwah Farah percaya bahawa Mona mampu menjaga dan mendidik anaknya dengan baik.

Meskipun berat untuk menerima dan memikul amanat arwah Farah, Mona tetap kuat dan menjaga bayi tersebut. Tidak lama selepas itu, Mona memberitahu perkara sebenar kepada Haris dan sebagai bapa, Haris menitiskan air mata dan memeluk kedua-dua anaknya. Mona juga memberitahu bahawa untuk melupakan setelah dilupakan, adalah perkara yang paling sakit. Oleh itu, belajarlah memujuk hati, agar tidak lagi tersakiti. Dia juga berserah mengenai jodohnya kepada Allah.

Memang sakit hati

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan pandangan mengenai episod kemuncak drama tersebut. Menurut netizen, Mona seorang yang sangat kuat dan sanggup membiarkan hatinya tersakiti. Tambah netizen, sekiranya mereka berada di tempat Mona, mereka tidak mempunyai kekuatan untuk membesarkan anak Farah.

Di samping itu, netizen juga tidak dapat membayangkan seandainya ‘ending’ drama tersebut Farah masih hidup dan Haris mengetahui bahawa anak yang dikandung oleh Farah itu merupakan anaknya. Apakah yang akan terjadi dengan Mona pada masa itu? Segelintir netizen juga memberikan pujian buat kesemua pelakon utama drama tersebut dan mereka turut meluahkan hasrat untuk menyaksikan ‘Hati Yang Tersakiti 2’.

Sumber: TV3, Nad Zainal & Mimi Lana

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×