Drama Hati Yang Tersakiti yang ditayangkan di TV3 kini memasuki minggu akhir. Berbaki satu lagi episod, momen yang dinanti-nantikan oleh para penonton telahpun tiba.
Artikel berkaitan: Mona Akhirnya Sedar Suami Curang Dengan BFF, Netizen Luah Rasa Hati!
Hubungan Mona (Nad Zainal) dan suaminya iaitu Haris (Remy Ishak) telah berakhir semalam apabila Haris menceraikan Mona dengan talak 1. Manakala, teman baik Mona iaitu Farah (Mimi Lana) mula menyedari kesilapan yang dilakukan dan ingin memperbetulkan semula keadaan.
Kalau abang jujur saya akan maafkan
Dalam episod 14 semalam, Mona akhirnya meminta penjelasan daripada Haris mengenai hubungannya dengan Farah. Namun, Haris enggan menjawab pertanyaan tersebut lantas meninggalkan rumah mereka. Manakala, Farah mula menyedari kesilapan yang dilakukan terutama selepas disahkan menghidap kanser serviks. Episod 14 juga menyaksikan, prestasi Haris dalam mengendalikan syarikatnya semakin teruk sehingga terpaksa diambil alih oleh orang lain.
Momen paling ditunggu-tunggu oleh penonton juga dapat disaksikan semalam apabila Haris menceraikan Mona dengan talak 1. Pada masa yang sama, Farah meminta Haris untuk melupakannya kerana dia sudah mula jatuh hati terhadap Ehsan. Farah juga memberitahu anak dalam kandungannya itu merupakan anak Ehsan bukannya anak Haris. Sejak semalam juga, drama ini menjadi trending dan pelbagai komen telah ditinggalkan oleh netizen di media sosial para pelakon drama tersebut.
Gampang betul Haris ni
Rata-rata netizen meluahkan perasaan geram apabila Haris masih meminta Mona untuk menghormati dirinya. Tambah mereka, Haris tidak sepatutnya mencari salah Mona dan dia perlu mengaku kesalahan dirinya. Walau bagaimanapun, netizen sedih apabila Haris melafazkan cerai terhadap Mona ketika mereka bertengkar.
Sumber: Nad Zainal