berita

‘Dalam Dunia Ni Bukan Artis Je Akan Mati’- Che Ta Mengamuk Di Instagram

September 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sudah menjadi asam garam buat mana-mana artis untuk berhadapan dengan pihak media dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan. Gosip dan cerita peribadi golongan selebriti sentiasa menjadi topik utama yang kemudian akan dikongsikan bersama netizen di dalam mahupun luar negara.

Turut berhadapan dengan perkara itu ialah selebriti popular tanah air, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta. Bagaimanapun baru-baru ini, pelakon itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap wartawan sebuah portal kerana telah menyebabkan dirinya disalah erti netizen berhubung sebuah tajuk artikel yang dimuatnaik.

Jangan kurang ajar

Menerusi satu posting yang dimuatnaik di laman Instastorynya, Che Ta meluahkan rasa marah terhadap wartawan yang didakwa menggunakan tajuk yang dianggap ‘kurang ajar’.

Tak payah nak kejar like

Malah menerusi satu lagi posting Instastorynya, dia berkata sesuatu tajuk yang digunakan boleh menimbulkan salah faham terhadap individu yang terlibat.

Tambahnya, seorang wartawan tidak sepatutnya tertumpu untuk mengejar rating semata-mata sehingga menulis perkara yang mampu mengundang fitnah.

Che Ta bagaimanapun tidak menyebut mana-mana portal yang dimaksudkan atau sebarang isu berkaitan.

Sumber: Instagram Rozitachewan

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×