berita

‘Dalam Keadaan Sebegini, Lupakan Saya’ – Pasukan Perubatan Peribadi Sultan Johor Bantu Mangsa Kemalangan

December 3rd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Umum sedia maklum, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sering turun padang membantu rakyat yang memerlukan. Malah, sebagai tanda penghargaan kepada doktor dan kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA), baru-baru ini baginda telah berkenan mengurniakan beberapa buah kereta.

Artikel berkaitan: Sultan Johor Kurnia Kereta Buat Pengarah, Kakitangan Wad Diraja HSA

Terbaru, pasukan perubatan peribadi Sultan Johor sanggup memberi rawatan kecemasan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya ketika dalam tugas mengiringi baginda sultan.

Dalam tugas iring Sultan Johor

PASUKAN PERUBATAN PERIBADI SULTAN JOHOR BANTU MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA

Pasukan perubatan peribadi DYMM Sultan Johor bertindak segera memberikan rawatan kecemasan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya berhampiran Jalan Pasir Pelangi, pada pagi hari ini (3 Disember). Anggota paramedik bersama juruteknik perubatan kecemasan yang ketika itu dalam penugasan mengiringi Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, kemudian memberhentikan ambulans untuk memberikan rawatan kepada mangsa, sebaik melihat kemalangan itu. Mangsa yang dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala akibat kemalangan kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan susulan.

DYMM Sultan Johor bertitah, Baginda sentiasa mengingatkan pasukan berkenaan supaya membantu mereka yang memerlukan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kemalangan yang berlaku berhampiran Jalan Pasir Pelangi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala. Selepas rawatan kecemasan dihulurkan, mangsa segera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan susulan.

Ambulan peribadi dilengkapi pelbagai aspek klinikal

“Saya pesan kepada mereka, semasa bertugas mengiringi jika berlaku apa-apa kemalangan kepada orang awam, segera membantu dan juga berikan bantuan yang sewajarnya.

“Dalam keadaan sebegini, lupakan saya, segera bantu mereka yang memerlukan bantuan,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO).

Ambulans peribadi DYMM Sultan Johor dilengkapi dengan pelbagai aspek klinikal seperti mesin bantuan hayat, mesin bantuan pernafasan, alat defibrilator luaran automatik (AED) dan mesin bantuan pernafasan automatik, termasuk peralatan bantuan rawatan luka kebakaran dan peralatan asas bantuan kemalangan jalan raya.

Baginda sentiasa mengingatkan pasukan parademiknya agar membantu mereka yang memerlukan. Titah baginda, jika berlaku kemalangan kepada orang awam ketika bertugas, segeralah menghulurkan bantuan.

Sikap mulia Sultan Ibrahim ini mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan rasa syukur kerana kepentingan rakyat sentiasa didahulukan.

Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×