berita

‘Dalam Perut Tu Busuk Sangat’ – Aishah Selar Netizen Hati Hitam

December 9th, 2022 | by Wani
Kini Trending

 

Penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin memuat naik gambar dan kapsyen di laman Instagramnya dengan tujuan menegur segelintir masyarakat yang mempertikaikan perjalanannya dalam memiliki berat badan yang ideal.

Artikel Berkaitan: ‘Janganlah Hina Kami Ustazah’ – Aishah Tak Setuju Ustazah Cakap Salam Artis ‘Hilangkan’ Roh 

Artikel Berkaitan: PRU15: Aishah Dedah Pernah Dimaki, Dihina Ketika Jadi Calon PRU-13

Kaedah Bariatrik

Menerusi hantaran yang dimuat naik penyanyi 57 tahun itu, dia agak kurang senang dengan respon dari netizen yang memberi maklum balas tentang dirinya yang menggunakan kedah Bariatrik untuk menurunkan berat badan. Aishah yang menjalani pembedahan itu sekitar 2018 meluahkan respon bagi pihaknya untuk para netizen di Instagram.

Sejak saya belajar bermedia sosial, saya perhatikan satu perkara. Ramai betul yang punya masalah hati. Dalam perut tu busuk sangat sampai segala benda akan jadi negatif.

Ada yang tak habis-habis mengutuk kata buruknya bila cengkung. Swipe je kalau tak bekenan.

Tambah pemilik lagu ‘Pulanglah’ itu, kaedah Bariatrik ini tidak semudah yang dijangkakan. Seseorang itu masih perlu berusaha untuk menukar gaya hidup dan cara pemakanan untuk kurus dan kekalkan berat badan yang ideal.

Sementara itu, Aishah turut berkongsi dengan lebih terperinci tentang perjalanannya dalam menggunakan kaedah ini di laman Youtube demi memberi kefahaman kepada orang di luar sana.

Menjenguk ke ruangan komen, pelbagai kata-kata sokongan yang dilontarkan kepada pelantun lagu Janji Manismu itu.

‘Kalau tak suka, swipe je’

Sumber: Instagram @aishahjmm

SKIP THIS AD ×