Bekas peserta Gegar Vaganza musim keempat, Dato’ Wan Aishah Wan Ariffin, terpanggil untuk memberikan ulasan berhubung isu seorang ustazah melabel suami sebagai dayus apabila membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dianggap ‘Dayus’ Biar Doktor Lelaki Tengok Kemaluan Isteri Masa Bersalin, Pendakwah Tanya Suami Tak Rasa Cemburu Ke?
Artikel Berkaitan: Menang Kes Tuntutan Hadiah Tanah Lot Banglo, Aishah Ralat Baru Tahu Penaja Muflis
‘Tolong jangan hina kami’
Menerusi video yang dimuat naik Aishah, dia kurang senang dengan tindakan ustazah terbabit yang sewenang-wenang menjatuhkan hukum. Bukan hanya isu melahirkan anak, Aishah juga menzahirkan rasa kecewa terhadap isu bersalaman dengan artis seperti yang diungkap ustazah berkenaan.
Kita tak perlu nak jatuhkan hukum kepada seseorang suami sebagai dayus. Awak siapa sampai nak jatuhkan hukum pada orang? Dan satu lagi tentang bersalaman dengan artis boleh merosakkan roh seseorang. Janganlah hina kami (artis) ustazah.
Ustazah adalah orang yang sepatutnya lebih berhemah, berilmu, orang yang belajar dekat dengan Allah. Patutnya golongan macam ustazah la membimbing, bukan menghina.
Kita jangan marah anak muda kita kalau mereka terpikat dengan agama lain.
Pemilik lagu ‘Janji Manis Mu’ itu turut memohon ustazah tersebut untuk fikir semula kata-kata yang telah dilontarkan dan berdakwah secara membimbing.
Susulan daripada itu, Aishah menyatakan bahawa orang-orang yang berilmu sepatutnya membimbing dengan cara yang baik dan bukan dengan menggunakan kekerasan dalam berdakwah.
Sumber: Wan Aishah Wan Ariffin