Anak sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, iaitu Mohamed Danish Hakim meluahkan rasa kurang senang dengan panggilan yang diterima daripada segelintir individu.
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Anak Lelaki Norman Hakim Jadi Imam Solat Jemaah Di Rumah Siti Nurhaliza – ‘Sejuk Perut Ibu Mengandung’
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kongsi Tips Diet, Tiga Bulan Tak Makan Nasi – ‘Sekarang Ambil Tapi Dua Sudu, Nak Berat 60kg’
‘Tolong lah mak ayah aku dah bagi aku nama kot’
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Thread, Danish berharap agar orang ramai yang bertemu dengannya tidak lagi memanggilnya dengan panggilan ‘anak Abby atau Norman’ sebaliknya menggunakan namanya sendiri.
Weh weh tu anak Norman Hakim. Tu anak Abby Abadi kan?. Tolong lah mak ayah aku dah bagi aku nama kot.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan menyifatkan kata-kata Danish agak kasar dan tidak sepatutnya berkata sedemikian kerana dia bukanlah individu yang dikenali ramai. Sebaliknya orang ramai hanya mengenali Danish disebabkan dia adalah anak kepada pelakon Norman dan Abby.
Sebab yang terkenal, mak ayah awak. Bukan awak!
Itu menunjukkan awak tak terkenal dan bukan sesiapa. Jadi tak ada sesiapa nak bercakap tentang awak tapi ibu bapa awak orang terkenal dan orang bercakap tentang mereka.
Jangan berlagak macam ni bro. Patut bersyukur ada orang kenal. Be humble.
Sebab nama Norman Hakim dengan Abby Abadi orang kenal. kalau sebut nama awak, orang akan tanya balik, siapa tu?
Untuk info, Abby dan Norman pernah berkahwin pada 2002 dan dikurniakan tiga orang anak sebelum akhirnya bercerai pada 2008.
Norman kemudian berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011 dan memiliki tiga anak, manakala Abby bertemu jodoh dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.
Sumber: Thread Danish Hakim