berita

Danny X Factor Teringin Menimang Cahaya Mata Perempuan

December 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Nampaknya sudah agak lama nama dan muka Danny X Factor tidak menghiasi kaca televisyen tempatan. Terbaru sewaktu ditemui di majlis pelancaran program realiti ‘Panik’ jejaka kelahiran Kelantan ini telah mengakui dirinya sememangnya sudah kurang berlakon dan hanya terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir sahaja.

“Perkembangan lakonan memang ‘slow’ sebab sekarang ini saya tengah uruskan satu produksi dan banyak terlibat dengan aktiviti di belakang tabir.”

“Saya pun sedang uruskan satu kelab untuk para artis beriadah yang dikenali sebagai ‘Malaysian Artist Sports Club’ di mana saya memegang jawatan sebagai Naib Presiden kelab tersebut.”

“Ramai juga artis yang ‘join’ kelab ini contohnya Fizo Omar, Fahrin Ahmad, Syed Aiman, Black dan Shahir.”

Mengulas lebih lanjut mengenai perkembangan diri Danny, timbul juga persoalan bilakah agaknya dia dan isteri, Saidatul Fazlin Zakaria ingin menimang cahaya mata sulung memandangkan usia perkahwinan mereka kini telah menjangkau setahun.

“Sekarang ini saya dan isteri memang tengah rancang nak ada anak. Tapi semuanya saya serahkan pada Allah Taala.”

“Lagipun bila tengok rakan-rakan artis lain dah kahwin dan dah ada anak, saya teringin juga nak ada anak sendiri. Kalau boleh saya nak anak sulung perempuan.”

“Selalunya orang cakap anak perempuan akan rapat dengan ayah, sebab tu la saya teringin sangat nak dapat anak perempuan dan kalau boleh saya nak hias anak perempuan saya cantik-cantik ala ‘Princess.’

“Memandangkan sekarang ini saya masih belum mempunyai anak, jadi saya akan banyak habiskan masa dengan kucing di rumah. Untuk jaga seekor kucing tu pun saya sanggup habiskan beratus-ratus ringgit demi menjamin keselesaan dan kesihatan kucing tersebut,” ujar Danny sambil tergelak.

Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi ini turut akui dirinya sedang berusaha untuk menurunkan berat badan yang ideal dan mengambil penekanan untuk tidak mengambil makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi.

“Sekarang ni saya dah kurang makan nasi dan tengah berusaha untuk dapatkan berat badan yang ideal. Kalau nak tahu, masa zaman saya dengan kumpulan X Factor dulu berat badan saya hanya 65kg. Tetapi sebelum saya kahwin tahun lpeas, berat badan dah naik sampai 85 kg.

“Alhamdulillah sekarang dah turun sedikit dan kalau boleh selepas ini saya nak ‘maintain’ berat badan dalam 76-77kg sahaja,” komen Danny mengenai bentuk badanya yang semakin berisi.

SKIP THIS AD ×