Jarang menayang kebahagiaan yang keterlaluan di media sosial membuatkan pasangan selebriti popular Nur Fazura dan Fattah Amin sentiasa disayangi oleh peminat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tanda Hargai Staff, Fazura ‘Habis’ Puluhan Ribu Belanja Beg Jenama Mewah
Rasa dihargai
View this post on Instagram
Bersempena Hari Ibu yang disambut pada Ahad, Fazura, 39, menerima sejambak bunga dan ucapan ‘sweet’ daripada suami tercinta.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin akui terharu dengan pemberiaan yang diterima sejurus usai tuntutan kerja.
Pulang ke rumah dari tempat kerja dan ternampak ini (jambangan bunga). Terima kasih banyak-banyak suamiku. Sayang awak hubsbaby.
Rasa hilang terus penat tadi. Begitu syukur bila dapat rasa dihargai. Alhamdulillah, masyaAllah tabarakallah.
Isteri terbaik
Sementara itu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin mengucapkan terima kasih atas pengorbanan Fazura dalam menguruskan keluarga kecil mereka.
Selamat hari ibu buat isteriku yang tercinta. Ibu kepada anakandaku Fatima.
Terima kasih mommy selalu jaga saya dan Fatima. Semoga mommy selalu dalam lindungan-Nya, berjaya dunia akhirat dan sihat selalu.
Saya sayangkan awak hingga Jannah. Semoga akan selalu menjadi isteri dan mommy yang terbaik untuk keluarga kita.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram @missfazura