berita

Dapat Diskaun 10% Jika Anda Antara Yang Terawal Beli Tiket Konsert Mariah Carey 17 Ogos Ini!

August 14th, 2014 | by Ai
Hollywood

mariah-carey-elusive

Wah! Berita baik buat peminat penyanyi bersuara lunak, Mariah Carey. Kami dengar pelantun lagu ‘My All’ ini bakal datang ke Malaysia.

Haa, peminat fanatik Mariah Carey pasti dah teruja kan? Mana taknya, bukan senang selebriti bertaraf Antarabangsa dan digilai ramai nak buat konsert disini.

Diva terkenal ini bakal mengadakan persembahannya di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini tau. Ya, dua bulan saja lagi!

MARIAH_POSTER

Kami difahamkan, konsert ME. I AM MARIAH’ Live in Malaysia 2014 ini merupakan sebahagian daripada promosi bagi album terbarunya yang telah mula dipasarkan sekitar Mei lalu.

Kalau korang nak tahu, perlancaran tiket akan diadakan pada 17 Ogos ini bertempat di Paradigm Mall, bermula dari jam 11 pagi hingga 7 petang.

Ehh, nanti dulu. Kalau korang jadi yang terawal sekali sampai, korang akan dapat diskaun sebanyak 10% tau! Menarik kan?

Harga tiket pula, ia dijual dari RM120 hinggalah RM680. Bergantung pada koranglah nak beli seat macam mana kan? Iyalah, kami yakin Stadium Negara akan penuh dengan peminat Mariah nanti.

MC _MERDEKA_SEATING-01

Tak dapat datang ke Paradigm Mall? Jangan risau, tiket juga boleh didapati menerusi laman web Ticket Charge, atau hubungi terus talian atau menghubungi 03-9222-8811 dan 011-2316-6198 (IME Productions hotline). Senang kan?

Jadi, apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai serbu konser Mariah Carey nanti. Sebelum tu, apa kata kita dengar dulu lagu yang pernah mengangkat nama Mariah carey dan jadi kegilaan ramai suatu ketika dulu. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×