Setiap pasangan pasti akan merakam momen-momen indah bersama sebagai kenangan dan dimuat naik ke laman media sosial. Hal ini yang berlaku di satu perlawanan hoki ais apabila seorang lelaki yang pada mulanya senyum ketika berswafoto bersama seorang wanita secara tiba-tiba berubah wajah setelah foto diambil. Detik-detik perubahan riak wajah lelaki tersebut berjaya dirakam dan dimuat naik menerusi Twitter Complex.
Tolong selamatkan lelaki ini
Someone save this man. ???pic.twitter.com/qq0exDHvxj
— Complex (@Complex) November 17, 2019
Rata-rata netizen beranggapan bahawa lelaki itu sedang berswafoto bersama teman wanitanya. Riak wajahnya yang berjaya dirakam telah menjadi trending sehingga ramai yang ingin menyelamatkan lelaki itu sebelum dimarahi teman wanitanya. Namun, kisah disebalik rakaman itu ternyata mengejutkan orang ramai.
Realiti vs media sosial
Netizen turut berpendapat bahawa perkara itu yang sering berlaku di era zaman kini. Ramai yang hanya senyum dihadapan kamera semasa berswafoto bersama pasangan untuk dimuat naik pada laman sosial, dan sebaliknya pada realiti.
Adik beradik rupanya
https://www.instagram.com/p/B5AYajhhKt_/
Namun, semua dakwaan yang mengatakan mereka merupakan pasangan kekasih adalah tidak benar sama sekali. Menerusi Instagram Patriciabourikas, dia menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara mereka. Mereka merupakan adik beradik yang hadir untuk menonton perlawanan hoki ais. Foto ini merupakan foto diambil sebelum video mereka menjadi viral.
Muka murung sebab pasukan kalah
Berhubung dengan riak wajah lelaki itu, rata-rata berpendapat bahawa riaksi wajahnya dipengaruhi dengan keputusan perlawanan hoki ais itu. Hal ini kerana pasukan kegemaran lelaki itu Mapple Leafs didapati ketinggalan jaringan 1-6 dengan pasukan lawan, Penguins. Ia dapat dibuktikan dengan pakaian mereka yang menunjukkan mereka menyokong pasukan Mapple Leafs.
Sumber: Complex, Patriciabourikas,