Buat anda yang lebih gemar berjalan sambil menikmati pemandangan semula jadi alam sekitar boleh cuba ke Taman Botani Kepong. Forest Skywalk memberi peluang kepada anda untuk merasai sendiri kenikmatan dan menghirup udara segar di sana.
Forest Skywalk atau lebih dikenali sebagai Jejantas Rimba ini akan dibuka pada 31 Ogos 2020 kepada umum. Lebih menarik lagi, pengunjung boleh melihat dapat melihat pemandangan sejauh lebih kurang 30 km serta bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seperti Menara KLCC, Menara KL dan Menara Telekom Malaysia.
Bakal terima kunjungan setiap hari
Sumber foto: FRIM
Forest Skywalk bakal menerima kunjungan 150 orang untuk setiap hari bermula 31 Ogos 2020 ini. Waktu operasi akan dijalankan pada setiap Isnin hingga Ahad, jam 8.30 pagi hingga 4.30 pagi. Manakala, hari Jumaat waktu operasi adalah 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari dan bersambung semula pada jam 2.45 petang hingga 4.30 petang.
Melihat pemandangan KL, PJ
Sumber foto: FRIM
Di atas menara peninjau setinggi 50 meter itu, pengunjung dapat melihat pemandangan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Pengunjung juga dapat melihat Menara KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia dari sejauh 30 km.
Sepanjang jejantas itu, pengunjung berpeluang menikmati pemandangan Taman Botani Kepong, hutan FRIM yang merupakan hutan buatan manusia dan sekitar kawasan Kepong.
Setinggi 50 meter
Sumber foto: FRIM
Jejantas Forest Skywalk ini adalah berukuran 18 hingga 50 meter tinggi dan 250 meter panjang. Ia dibina menggunakan bahan aluminium sebagai struktur utama dan dikukuhkan dengan ‘guy wire’.
Harga tiket
Sumber foto: FRIM
Sebelum anda ke sini, pastikan memakai kasut bertutup untuk sebarang aktiviti. Bukannya selipar. Harus diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP seperti mana disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk masuk ke Taman Botani Kepong ini, pembayaran tiket dikenakan seperti berikut:-
- Pelajar (umur 7-17 tahun): RM 8 | *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad
- Kakitangan FRIM: RM 8
- Warga emas: RM 10 | *RM40
- Dewasa: RM 15 | *RM 40
- Caj tambahan untuk menara 50 meter (terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas): RM 5 | *RM10
- Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini.
Sumber: FRIM