berita

Dapat Mesej Gangguan Seksual, Nam Ron Diintai Individu Suka Lelaki Berusia – ‘Saya Dapati Banyak Gambar Lelaki Tua Tayang ‘Anu’

October 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Nam Ron menyahut cabaran pihak stesen televisyen dan penerbit yang mahu memilih pelakon utama dalam sesebuah drama atau filem berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.

Oleh sebab itu, dia bertindak memuat naik dua keping foto tidak memakai baju di Twitter miliknya.

Artikel Berkaitan: Nam Ron Sahut Cabaran Stesen TV & Penerbit Yang Mahu 1 Juta Pengikut Di Media Sosial – ‘Foto Bogel Akan Disiarkan Kalau Capai Sasaran’

Dapat gangguan seksual

Selepas tayang badan, Nam Ron, 52, mendedahkan menerima gangguan seksual daripada individu yang menggemarkan lelaki berusia 40 tahun dan ke atas.

Kata pemilik nama Shahili Abdan, dia percaya mesej tersebut berpunca daripada foto yang dikongsikannya itu.

Baru dapat gangguan seksual di DM oleh pemilik akaun yang profile description mengatakan, ‘I like old man age 40++’. Saya syak, ini semua ada kaitan dengan foto separuh bogel saya semalam. Semoga saya terus tabah dan tidak tergoda.

Banyak foto tayang anu

Tambah pelakon filem Saka Nan Sepi, dia mendapati akaun pemilik tersebut dipenuhi dengan foto lucah milik lelaki termasuk la dalam kalangan orang Melayu.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak ingin berkongsi nama akaun tersebut kepada umum.

Bila saya pergi ke akaunnya saya dapati banyak gambar lelaki tua tayang anunya. Melayu pun ada. Tolong jangan minta saya share link. Tak sanggup wey!

 

Sumber: Twitter @_Nam_Ron_

SKIP THIS AD ×