berita

Nam Ron Sahut Cabaran Stesen TV & Penerbit Yang Mahu 1 Juta Pengikut Di Media Sosial – ‘Foto Bogel Akan Disiarkan Kalau Capai Sasaran’

September 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai sikap sesetengah stesen televisyen (TV) tempatan yang lebih suka memilih pelakon utama dalam sesebuah drama atau filem berdasarkan jumlah pengikut media sosial mereka. Berikutan daripada itu, beberapa orang penerbit telah tampil dan memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Artikel berkaitan: Penerbit Drama Lebih Pandang Kualiti Persembahan, Lakonan & Sikap Pelakon – ‘Jumlah Pengikut Di Media Sosial Merupakan Bonus’

Terbaru, pelakon senior, Nam Ron telah memuat naik dua foto tidak memakai baju di Twitter. Menurut Nam Rom, dia mampu meraih 1 juta pengikut di media sosial sekiranya sering kali berkongsi foto sedemikian rupa.

Sahut cabaran

Menyahut cabaran stesen televisyen dan sesetengah penerbit yang mahukan sekurang kurang 1 juta pengikut di media sosial. Road to 1 million followers *foto bugil penuh akan disiarkan sekiranya sasaran tercapai sebelum 2022.

Menurut Nam Ron, dia menyahut cabaran pihak stesen televisyen dan penerbit yang mahu memilih pelakon utama dalam sesebuah drama atau filem berdasarkan jumlah pengikut di media sosial. Ujar Nam Ron, dengan cara sebegini juga, dia berkemungkinan meraih 1 juta pengikut di media sosial sekaligus, bakal dipilih sebagai pelakon utama dalam sesebuah filem mahupun drama.

Di samping itu, Nam Ron sempat berseloroh dan menyatakan bahawa dia akan memuat naik foto bogel sekiranya sasaran tersebut tercapai sebelum tahun depan.

Adik simpan buat apa?

Menerusi tweet tersebut juga, pelakon, Sharifah Amani turut berkongsi foto Nam Ron yang tidak memakai baju. Terkejut melihat foto yang dimuat naik, Nam Ron bertanya kepada Sharifah Amani bagaimana gambar tersebut boleh berada di dalam simpanannya.

Di samping itu, rata-rata netizen mula memberi sokongan dan berharap Nam Ron meraih pengikut yang ramai di media sosial.

Sumber: Nam Ron

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×