berita

Dapat RM2k Seminggu Hasil Petik Buah, Lelaki Ini Bagi Nasihat Kepada Anda Yang Mahu Pekerjaan Itu

August 2nd, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

1

Walaupun ada sesetengah orang kita yang kena tipu dengan ejen untuk pekerjaan pemetik buah di negara orang, tak semua yang menderita menjalani kehidupan sebagai pemetik buah dan ditipu ejen. Mereka bernasib baik kerana dapat mengumpul wang yang banyak untuk bawa pulang ke Malaysia.

Bayangkan dalam masa sebulan mereka ni dapat simpan sebanyak RM3,000. Wahh, bukan senang nak simpan duit banyak tu. Lagi-lagi macam kita kerja yang tak seberapa ni. Walaubagaimana pun, lelaki ni bagitahu seseorang pemetik buah itu harus disiplin dan memiliki jiwa yang kental.

Dulu penjual kereta terpakai, sekarang pemetik buah

Screen Shot 2016-08-01 at 3.09.06 PM

Foto kredit: Sinar Harian

Seorang pemuda bernama Zaquan Ahmad dari Jitra yang dahulunya penjual kereta terpakai kini sudah bergelar pemetik buah di benua Australia tanpa sebarang kes ditipu ejen. Tambahan, Zaquan kini dalam proses mendapatkan visa pekerja bagi melanjutkan lagi tempoh untuk mendapatkan duit lebih untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

Menurut Zaquan, hasrat berhijrah ke Australia datang selepas perniagaan kereta terpakainya jatuh akibat GST.

Lepas perniagaan kereta terpakai susah nak laku tiga bulan lepas, saya dan rakan sekampung nekad berhijrah ke Australia menjadi pemetik buah. Kami tidak gunakan khidmat ejen, pergi sendiri guna visa pelancong.

Buat masa ini, masih guna visa pelancong tapi sekarang dalam proses dapatkan visa pekerja dan visa perlindungan. Kalau dapat visa Kelas A, tidak perlu mohon visa bekerja sebab automatik dapat, tetapi kalau dapat visa Kelas C kena la mohon permit kerja.

Bersyukur tidak ditipu

Screen Shot 2016-08-01 at 4.18.43 PM

(Sekadar gambar hiasan)

Selain itu, Zaquan juga bersyukur kerana nasibnya baik tidak seperti rakyat Malaysia yang lain yang ditipu oleh ejen yang tidak bertanggungjawab. Zaquan juga berkata, jika kerja mengikut jam dibayar AU$14 (rm42), manakala dari segi kontrak tidak menentu dan bergantung kepada tahap kerajinan.

Alhamdulillah, pendapatan mingguan diperoleh biasanya sekitar AU$500 hingga AU$700 (RM1,500- RM2,140) bergantung kepada kerja.

Kadang-kadang dibayar ikut jam, ada juga dibayar secara kontrak.

Kalau kutip (petik) anggur harganya berbeza kerana ikut jenis buah. Dalam tiga bulan di sini, sudah tiga kali pindah ladang…habis satu tempat pindah tempat lain pula.

Waktu kerja biasanya jam 8 hingga 5 petang. Di sini, jam 4 petang sudah gelap. Kalau hujan lebat memang tidak boleh kutip langsung.

Boleh simpan RM3k sebulan

Screen Shot 2016-08-01 at 3.18.47 PM

(Sekadar gambar hiasan)

Kata Zaquan aktiviti memetik buah semakin kurang kerana sekarang di Australia musim memetik buah sudah pun tamat.

Sekarang masa pulling and rolling atau bersihkan ranting dan dahan anggur kering serta betulkan kedudukan pokok. Kerja ini teruk sikit dan dibayar murah tapi mahu atau tidak kenalah kerja. Di negara sendiri pun kita kerja kan?

Walaubagaimanapun, bila tiba musim petik buah, upah yang dia boleh dalam masa seminggu mencecah A $1,000 (RM3,000) boleh menyimpan RM3,000 sebulan. Tambah Zaquan, tips untuk pemetik buah di negara orang hati mestilah kental, tahan lasak dan tidak manja.

Di Malaysia, nak simpan duit sebanyak tu dalam tempoh dua bulan belum tentu lagipun harga barangan di sini murah.

Hati kena kental, mula-mula kerja memang susah nak buat duit tapi dah lama, OK la. Kalau rasa tidak boleh buat kerja teruk sikit, lupakan hasrat mahu jadi pemetik buah.

Buat masa sekarang, tak ada masalah sangat, lagipun bila dah dapat visa pekerja boleh lanjut lagi tempoh bermastautin di sini untuk dua atau tiga tahun lagi.

Jelas Zaquan lagi, kerja sebagai pemetik buah ini lasak dan memerlukan individu itu berdiri serta jalan jauh.

Sekarang musim bersihkan ladang dan pokok anggur, upah bulanan RM6,000 sebulan. Kebanyakan pemetik buah yang guna khidmat ejen mesti tak tahan lama, ada ditipu datang pada bukan musim buah jadi tak ada kerja.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×