Pemergian mengejut Ashraf Sinclair atau nama sebenar Ashraf Daniel Mohammed Sinclair sekali lagi menghibakan hati ramai orang terutama dari kalangan ahli keluarga dan rakan karib arwah. Arwah telah mengembuskan nafas terakhir pada awal pagi di MMC Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia.
Kehilangan itu turut memberi kesan yang dalam buat adik kepada Ashraf Sinclair iaitu Aishah Sinclair yang dapat tahu berita sedih ini ketika berada di konti radio tempat dia bekerja.
Baru tahu sudah sampai konti radio
Our condolences go out to the MIX Breakfast’s @AishahJennifer, who just lost her older brother, Ashraff Sinclair this morning.
Our thoughts and prayers are with their family and friends during this hard time. pic.twitter.com/zlWl8ljFaY
— MIX (@mixdotmy) February 18, 2020
Aishah tiba sebelum jam 6 pagi. Dia kemudian dihubungi ibunya memaklumkan berita sedih itu.
Menerusi Astro Awani, penyampai radio dan pelakon, Aishah Sinclair dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk ke udara di konti stesen radio Mix FM pada jam 5.48 pagi tadi sebelum mendapat berita sedih mengenai abangnya, Ashraf.
Aishah yang mengendalikan program Mix Breakfast bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi di stesen radio berkenaan menerima perkhabaran duka itu daripada ibunya. Perkara itu dikongsikan rakan penyampai Rod dan Prem dalam program berkenaan awal pagi tadi.
Dalam kenangan
In memory of Ashraf Sinclair, who sadly passed on early this morning, we’ve compiled some of his best moments with his loving family.
We hope the Sinclairs stay strong during this difficult time. ? pic.twitter.com/KQNHCF5n90
— MIX (@mixdotmy) February 18, 2020
Terkejut dengar berita itu
Ramai sedih
Sumber : Astro Awani, Mix