berita

Dapat Tajaan Sebanyak RM13.5 Juta, Harris Alif & Intan Ladyana Nikah 6 Februari Ini

January 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pasangan hangat bercinta Harris Alif, dan Intan Ladyana, sering kali menarik perhatian netizen walaupun perbezaan umur mereka sebanyak 17 tahun. Malahan, timbul pelbagai spekulasi pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Tayang Cincin Di Instagram, Harris Alif Lamar Intan Ladyana?

Terbaru, menerusi sidang media yang baru sahaja dilakukan oleh pasangan ini menjelaskan bahawa mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada 6 Februari ini.

Menamatkan zaman bujang

Kami pilih 6 Februari sebab tarikh lain ramai orang dah booking. Jadi kami ambil tarikh tersebut dan ianya akan menjadi hari paling bermakna buat kami. Kami akan buat empat majlis termasuk majlis akad nikah dan resepsi.

Menurut Harris dalam sidang media yang diadakan, mereka berdua bakal menamatkan zaman bujang pada 6 Februari ini. Tambah Harris dan Intan, mereka telah mendapat tajaan barang kemas sebanyak RM13.5 juta untuk kesemua majlis yang diadakan.

Mengulas lebih lanjut, pasangan itu pula memberitahu bahawa majlis yang diadakan nanti bakal mengikut Sop yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Setakat ini, kesemua persiapan telah dilakukan sebanyak 90 peratus. Pasangan tersebut turut mengumumkan beberapa nama besar yang akan mereka busana pengantin mereka nanti.

Sumber: Harris Alif

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×