berita

Dapatkah Naqiu Bantu Ara Johari Cari Penyanyi Sebenar Minggu Ini? Saksikan ICSYV Episod 4!

July 11th, 2020 | by AnisAffandi
Shout Out!

Tepat je jam 9 malam setiap hari Ahad pasti korang semua dah terpacak depan tv sebab teruja ingin menonton rancangan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) kan? Rancangan yang sudah masuk musim ketiga ini sering menampilkan artis jemputan popular dibantu penyiasat berpengalaman ‘meramal’ siapakah penyamar atau penyanyi sebenar!

Dihoskan oleh Syuk & Sean

Masih mengekalkan hos yang sama iaitu Syuk Sahar dan Sean LJE, Jihan Muse, Yusry Abdul Halim dan Mark Adam juga masih mempertahankan kerusi tetap masing-masing sebagai penyiasat.

Untuk episod ke-4, ICSYVM kali ini telah menjemput Ara Johari sebagai penyanyi jemputan untuk meneka sama ada penyanyi sebenar atau penyamar bersuara sumbang yang akan berduet bersamanya di hujung rancangan.

Tiga penyiasat jemputan

Agak berlainan dari minggu sebelumnya, episod kali ini bakal menjemput tiga penyiasat jemputan yang juga merupakan antara nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air iaitu Fad Bocey, Naqiu dan Shiha Zikir dan sekaligus menjadikan kerusi penyiasat seramai 6 orang.

Episod 4 ini bakal bersiaran pada 12 Julai 2020 tepat jam 9 malam di TV3 dengan tagline, I Can See Your Voice Malaysia, Jangan percaya apa yang anda lihat.

SKIP THIS AD ×