berita

Darah Haid Keluar 2 Bulan Tanpa Henti, Wawa Zainal Tanggal Implan Perancang Keluarga

February 15th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas menimang cahaya mata keempat, pelakon dan usahawan terkenal Wawa Zainal membuat keputusan untuk merancang keluarga.

Artikel Berkaitan: Ligat Bantu Mangsa Sampai Redah Banjir, Netizen Risau Tengok Wawa Zainal – ‘Bahaya Kalau Ibu Jari Kaki Tersepak, Terlanggar Atau Tertimpa’

Artikel Berkaitan: ‘Orang Panggil Bayi Kolik’ – Anak Keempat Asyik Menangis, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Tukar Nama Pada Muhammad Fahri

Perancang keluarga tak sesuai

Bercerita pengalaman selepas memasang rod implan dan mengambil pil perancang, Wawa, 30, menyatakan kesan sampingan yang sedang dihadapi sekarang adalah haid tidak teratur.

Katanya, sudah memasuki bulan kedua haid datang tanpa henti dan dia juga kerap berasa pening serta mual.

Dah hampir dua bulan period non stop. Implan tak ngam (sesuai), Depo-Provera tak ngam, pil pun tak ngam. Pening dan mual kalau telan.

Tanggal rod implan

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin memberitahu dia membuat keputusan untuk menanggalkan rod implan tersebut pada hari Khamis ini.

Ujar isteri kepada pelakon Aeril Zafrel, bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi jadi itu akan menyusahkan dirinya untuk melakukan ibadah itu dengan sempurna.

Wawa memang nak buka. Insya-Allah Khamis ini.. tak kuasa dah period non stop. Lagipun tak lama, kita nak masuk bulan puasa dah. Korang macam mana?

Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat, Muhammad Fahri, seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan sudah dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram @w4w4_zainal

SKIP THIS AD ×