berita

‘Dari 7 Orang Kat Rumah, Sekarang Tinggal 3 Orang…’

January 20th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Tweet status seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Yoyotode ini undang sebak. Pemuda ini berkongsikan berita di mana ada dalam ahli keluarganya dijangkiti positif Covid-19. Tweet berkenaan telah mendapat lebih 28 ribu tanda retweet dan rata-rata pengguna media sosial bersimpati dengan nasib pemuda ini. Lebih menyedihkan lagi, apabila empat penghuni rumah itu sudah dijangkiti wabak berkenaan dan kini hanya tinggal tiga sahaja.

Dari 7 orang sekarang tinggal 3

Menerusi perkongsian tersebut, pemuda ini menceritakan kakak dan adik perempuannya kini dijangkiti positif Covid-19 dan ditahan di MAEPS. Manakala, seorang lagi kakaknya ditahan pula di Hospital Sungai Buloh. Lebih menyedihkan lagi apabila abang iparnya telah pun meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh disebabkan oleh Covid-19 ini.

Berikanlah kekuatan

Selain itu, pemuda ini turut memuat naik foto memaparkan petugas-petugas kesihatan datang ke rumah dan membawa salah seorang ahli keluarga menaiki van untuk dibawa ke pusat kuarantin.

Sementara itu, dia bersedih dengan dugaan dan ujian yang dihadapi keluarga. Dia juga memohon agar orang ramai mendoakan kekuatan dan kesejahteraan buat keluarganya terutamanya ibu.

Sumber: Yoyotode

SKIP THIS AD ×