berita

Dari 75kg Ke 55kg, Wanita Ini Kongsi Tips Turun Berat Badan Sebanyak 20kg Dalam Tempoh Berpantang

February 11th, 2021 | by Shahira
Kesihatan & Hidup Aktif

Foto: The Conversation

Sudah menjadi lumrah, setiap ibu yang hamil pasti akan mengalami penambahan berat badan sehingga kadangkala membuatkan mereka tertekan dan susah hati.

Terbaru, seorang wanita telah berkongsi pengalamannya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram selepas melahirkan anak keduanya.

Turun 20kg

Berdasarkan perkongsian dreamonnisha di Twitter, dia berkongsi tips menurunkan berat badan selepas bersalin. Difahamkan, wanita ini berjaya menurunkan sebanyak 20 kilogram iaitu dari 75 kilogram ke 55 kilogram dalam tempoh enam minggu sahaja.

Tips dalam tempoh berpantang

Berat bayi 4.1kg

Menurut wanita ini, berat badannya telah naik sebanyak 15 kilogram ketika tempoh kehamilan keduanya ini. Tetapi selepas bersalin, jumlah tersebut semakin berkurangan hampir 4.6 kilogram iaitu termasuk berat bayi 4.1 kilogram dan 500 gram adalah placenta.

Beri susu badan

Perkara pertama yang dilakukan wanita ini adalah dengan memberi susu badan sehingga bayinya mencecah usia enam bulan. Hal ini kerana, sebanyak 200-500 kalori akan terbakar dalam masa sehari sekiranya si ibu menyusukan bayi. Ianya secara tidak langsung membantu dalam mengurangkan berat badan tetapi ibu-ibu diingatkan supaya mengambil kuantiti makanan dan air yang secukupnya.

Seterusnya, wanita ini memberitahu sepanjang tempoh berpantang, dia telah mengawal pengambilan karbohidrat dan melebihkan protein serta sayur-sayuran dalam pemakanannya.

Makan buah-buahan

Sumber: Dreamonnisha

SKIP THIS AD ×