berita

Dari Kereta Kenari Ke BMW, Siapa Kata Cameraman Tak Boleh Cari Duit? Lelaki Ini Bukti Tanggapan Orang Salah

August 1st, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2016-08-01 at 11.39.49 AM

Ramai diantara kita yang beranggapan bahawa jurugambar atau lebih dikenali sebagai cameraman tidak punyai gaji yang tetap, kerana kerja bagaikan pasang surut. Kadang-kadang ada, kadang-kadang takde. Lebih stress lagi apabila orang mengatakan bahawa cameraman ni tak dapat cari makan serta tak menjamin masa depan.

Ternyata kepada anda yang berfikiran begitu salah. Lelaki ni membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil jika kita bekerja keras dan lakukan pekerjaan yang kita minat. Dari kereta capok sehingga lah dia memiliki kereta mewah, dia membuktikan bahawa orang yang mengkritiknya selama ni salah!

Tempuh pelbagai dugaan 10 tahun yang lepas

Screen Shot 2016-08-01 at 11.40.22 AM

10 tahun yang lepas lelaki yang berbangsa Cina bernama William Lim telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan untuk menjadi cameraman/vileoman. Tetapi apa yang menyedihkan adalah bila orang kata kerja tu hanya buang masa dan kerja mengambil gambar bukannya satu karier.

Ramai juga menganggap bahawa cameraman tak boleh cari makan dan hanya boleh buat sebagai hobi sahaja. Pada ketika itu dia tak boleh bayangkan macam mana dia, sebagai cameraman untuk berjaya pada masa hadapan.

Siapa kata cameraman tak boleh masyuk?

Screen Shot 2016-08-01 at 11.39.49 AM

Screen Shot 2016-08-01 at 11.40.31 AM

Tapi tu dulu, sekarang William sudah berjaya dan buktikan tanggapan negatif orang tu salah. Ramai yang bertanya adakah ayahnya kaya? Atau adakah William buat kerja sambilan lain sampaikan dia dapat beli kereta mewah sebab masih ada antara orang ramai berfikir bahawa kerja sebagai cameraman tak boleh cari makan, tak boleh bekerja hingga ke tua dan mati kemiskinan.

10 tahun sudah pun berlepas, William Lim masih menjadi cameraman. Lihat di mana dia sekarang. Oleh itu, kita jangan lah memandang rendah kepada sesiapa yang bekerja dalam bidang tersebut. Anda tak tahu mungkin gaji mereka lagi ‘padu’ dari anda.

Dapat pujian orang ramai

Screen Shot 2016-08-01 at 12.11.40 PM

Screen Shot 2016-08-01 at 12.11.55 PM

Screen Shot 2016-08-01 at 12.13.47 PM

Screen Shot 2016-08-01 at 12.14.47 PM

Sumber: Facebook William Lim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×