berita

‘Dari Pakaian Non-Halal Ke Muslimah’ – Cerita Hijrah Fesyen Gadis Trivago Perlu Dijadikan Inspirasi

May 7th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan gadis iklan Trivago iaitu Dahlia Shazwan. “Hotel? Trivago” antara tagline Dahlia Shazwan yang sudah menjadi kebiasaan halwa telinga kita termasuklah kanak-kanak juga.

Semenjak mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata, Dahlia kini mempelajari ilmu agama dan berhijrah secara perlahan-lahan. Perkongsian cerita penghijrahannya itu turut dikongsi menerusi laman Youtube miliknya.

Tukar wardrobe Non-Halal

Video yang bertajuk ‘Tukar Wradrobe Non Halal ke Muslimah’ ini telah mendapat lebih 34 ribu tontonan di laman Youtube Dahlia Shazwan Channel. Lebih menarik lagi, suami Dahlia iaitu Syafiq Ismet turut menemaninya sepanjang perkongsian tersebut.

Menurut Dahlia, sewaktu di awal proses penghijrahan untuk berhijab, dia mengalami sedikit masalah terutamanya mengenai fesyen seharian. Pada masa yang sama, dia perlu bersedia dari segi kewangan untuk menukar kesemua pakaian yang berada di dalam almari pakaiannya. Menurut Syafiq pula, isterinya mengalami masalah untuk mix dan match pakaian serta tudung pada peringkat awal penghijrahannya.

Waktu I decided untuk berhijab, satu benda yang I promise myself is I nak buat ni betul-betul. I taknak pakai ketat. Bertudung ikut syariat. Its not easy. Tudung I pun tak labuh lagi. But I cuba untuk buat slow-slow. Asalkan pakai tudung.

Jangan sekalikan baju seksi dan tutup aurat

Selain itu, Dahlia turut mengakui dirinya agak boros suatu ketika dahulu kerana banyak menghabiskan wang untuk berfesyen.

Dulu I suka shopping like setiap minggu memang beli baju. Bila I beli baju yang suka tu, I beli 4 hingga 5 warna terus. I fikir pasal environment I. Baju-baju yang I beli tu semuanya fast fashion. Fast fashion is not good. Sebab I akan tukar baju selalu. And then baju tu semua tak boleh recycle.

Cantik untuk Allah

Pelbagai tips untuk berubah ke arah kebaikan dan mengubah penampilan diri turut dikongsikan oleh Dahlia buat para penonton. Antara tips yang diberikan oleh Dahlia ialah cara memakai tudung dengan cepat dan pemilihan pakaian yang bersesuaian buat wanita yang berhijab.

First you jangan letak baju-baju seksi sekali dengan baju tutup aurat. Sebab nanti kita tengok, kita macam ‘eh rindunya nak pakai’. Itulah yang I buat. Semua pakaian seksi itu I pakai kat rumah saja. So, dekat rumah kita cantik untuk suami, kat luar kita cantik untuk Allah.

Sumber: Dahlia Shazwan Channel

SKIP THIS AD ×