berita

Dari Produk Kecantikan, Kini Dato’ Siti Nurhaliza Luaskan Perniagaan Bersama Jakel

March 7th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Dato' Siti

Empunya nama Dato’ Siti Nurhaliza sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana namanya tidak pernah sepi dalam dunia hiburan dan sering menghasilkan karya-karya seni yang bermutu.

Semua pasti tau bahawa Siti mempunyai produk kecantikannya sendiri dan nampaknya rezeki penyanyi nombor satu negara ini semakin hari semakin bertambah.

Terbaru, walaupun sudah lama melibatkan diri dengan perniagaan fesyen tudung, khabarnya kini Siti memperkenalkan koleksi tudungnya sendiri dengan kerjasama syarikat tekstil terkemuka di negara ini.

Siti

Melalui laman sosial Instagram miliknya, Dato’ Siti ada memuatnaik beberapa keping foto sekitar majlis menandatangani perjanjian usahasama syarikat beliau bersama Jakel.

Kalau nak tahu, terpancar wajah kegembiraan Siti apabila impiannya untuk memiliki koleksi tudung sendiri tercapai dan ia diberi nama ‘Siti Nurhaliza Collection’.

SitiDato’ Siti dalam majlis menandatangani perjanjian usahasama syarikatnya bersama Jakel

Nampaknya, walaupun masih belum ada dalam pasaran, sudah ramai peminat Dato’ Siti yang tidak sabar dan teruja untuk menggayakan tudung Siti ini.

Apa pun, kami mendoakan semoga perniagaan Siti akan terus maju. Kepada anda pembaca setia kami, apa kata kita tengok dulu foto-foto Dato’ Siti di sini.

SKIP THIS AD ×