Penyampai radio dan pengacara Fizi Ali berasa sedih apabila hasrat ingin melihat anak perempuannya, Ameena Sofia bergraduasi tidak kesampaian.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bercerai, Janji Besarkan Ameena Bersama – ‘Anggaplah Jodoh Kami Sampai Di Sini’
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Tamat Zaman Duda Dengan Rakan Niaga
Ameena dekat mana?
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fizi, 34, mendedahkan Ameena tidak hadir ke majlis konvokesyen tadika yang sepatutnya dijadualkan semalam (Sabtu).
Kata Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, dia tidak tahu di mana keberadaan anak tunggalnya itu.
Daddy tunggu Ameena dekat tempat graduasi. Ameena tak muncul. Daddy tidak tahu awak di mana.
Tak apa Allah ada. Selamat bergraduasi Ameena.
Fizi dilihat memuat naik foto memegang sejambak bunga dan coklat bersama patung berwarna ungu di hadapan sebuah tadika swasta yang terletak di Cyberjaya.
Nak bercuti bersama
Tambah penyampai radio Hot FM, dia sudah merancang untuk meraikan kejayaan Ameena di Tambun, Perak.
Sepatutnya kita sambut di Tambun. Nanti kita ganti balik.
Dalam pada itu, bekas peserta Pilih Kasih musim kedua ini turut meluahkan rasa kasihan terhadap Ameena yang sudah berlatih bersungguh demi menjayakan persembahan yang sepatutnya diabdikan pada hari terbabit.
Kasihan awak penat-penat berlatih hari-hari tunjuk dekat daddy dan mama.
Akhirnya, awak tiada hari ini. Jaga diri, sayang.
Berdasarkan pemerhatian OhBulan!, Fizi tidak mendedahkan punca anaknya tidak muncul pada hari penting itu. Malah, Fizi juga bertindak menutup ruangan komen di hantaran tersebut.
Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 4.
Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan isteri baharu, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Sumber: Instagram